Artis / Selebriti
” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen
Video Zaki Yamani menyanyi lagu Gadis Melayu bersama Izzue Islam, Kamal Adli dan Hael Husaini buat ramai terhibur. Adui lah, masuk air betul semua. Hael sampai menyanyi sambil baring, Kamal pulak suara memang wow sangat. Bukan main lagi suara ketua Threads ni..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fyzalbabjan dan Ammarhalim_, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika sidang media siri drama Hotlink ‘ Geng Bijak Berbajet’ dijalankan. Siri ini akan mula bersiaran 29 Julai setiap Rabu jam 8.57 malam di TV3.
Menerusi video perkongsian ini, Zaki Yamani menghiburkan semua yang hadir pada sidang itu dengan lagu popular dendangan ayahnya, Dato’ Jamal Abdillah berjudul Gadis Melayu. Suara Zaki sememangnya ada keunikannya tersendiri dan lunak merdunya tidak jemu didengar.
Izzue Islam, Hael Husaini dan Kamal Adli duduk meja yang sama dan menjadi aim Zaki untuk menyanyi bersamanya. Zaki pada awalnya menyasarkan Izzue Islam dan Hael. Ketika mikrofon diberikan kepada Izzue dan Hael, kedua-duanya spontan menyanyi dengan gaya yang mencuit hati.

Kamal pula menjadi mangsa selepas itu dan dalam keterpaksaan, Kamal menyambung nyanyian Zaki. Suara Kamal mendapat pujian daripada ramai kerana kedengaran merdu. Memetik komen warganet, suara ketua Threads ini boleh tahan. Perangai gila-gila Kamal itu juga menceriakan suasana.
Jom tonton video di bawah :
@fyzalbabjan Bila @Zaki Yamani nyanyi lagu #gadismelayu ade backup singer by @kamaladli @Hael Husaini @Izzue Islam . #zakiyamani #haelhusaini #kamaladli #izzueislam
@ammxrhxlm_ amacam suara ketua threads kita semua ni? onz tak onz? 🤣 #KamalAdli #fypシ
@tv3malaysia 🎬✨ Suasana meriah di Sidang Media Siri Drama Hotlink *Geng Bijak Berbajet*! Nantikan gelak tawa, kisah menarik dan pelbagai momen *bijak berbajet* dalam drama terbaru ini. 🤩 📺 *Saksikan Geng Bijak Berbajet bermula 29 Julai 2026, setiap Rabu jam 8.57 malam di TV3.* 📱 *Episod digital pula boleh ditonton setiap Khamis jam 12.30 tengah hari bermula 30 Julai 2026.* #HotlinkGengBijakBerbajet #GengBijakBerbajet #TV3
Perkongsian ini telah pun meraih banyak perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Aper yg aktif beno deme tiga tu, nakal betol. boleh tahan suara KA.. sapa repeat 10x beratur sini.. “
” MasyaAllah best sangat Sado dooh suara masing2. Weyyy sedap jugak suara kamal.. Request release 1 single. Sedap je suara dia.. “
” Aduhhh nakal laa 4org anak muda ni….enjoy tengok haha.. lucu la semua.. bdekah2 gelak part 3 org abg2 senior.. “
” Semua gila gila perangai. masuk air lah semua.. sedap suara lagi lagi si kamal adli tu. best tengok semua sporting.. Nak elak mic tapi tak boleh , so go on je lahhhh.. “
” Masuk air jugak Kamal ni haha.. sekali dengan Izzue Hael.. sedap suara kamal ni..suara anuar zain pun dia boleh tiru.. “
” Semua trus msuk air dgn heal skli.. kamal, mula mula tak nak, aihh lepas tu kemain haha.. tersilap zaki bagi mic pada ketua threads ni haha.. “
” Wah tak sangka punya suara power.. ketua thread kita. sudah, kesurupan gengz haha.. Dah dpt mic… Mcm susah nk lepas je tu. naik sheikh tu haha.. “
Trio yang paling havoc dan menceriakan suasana majlis. Siapa sangka, Izzue, Hael dan Kamal sekepala dan masuk air seperti itu. Part suara Kamal memang paling ramai tidak menduga semerdu itu. Semoga terus ceria dan dimurahkan rezeki semuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok fyzalbabjan, Tiktok Ammarhalim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq

