Connect with us

Artis / Selebriti

” Seronok dia eh dapat keluar dating dengan ayah.. ” – Komen Netizen

Video terbaru gelagat Hawra Uqaira meluangkan masa bersama daddynya, Kamal Adli raih perhatian peminat. Wah, happy sungguh Hawra dapat jumpa daddy. Comel Hawra melompat dan berlari macam mall tu dia yang punya, hehe..

Meninjau ke akaun Instagram, pelakon Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian ramai orang apabila berkongsi momen indah bersama puteri kesayangannya, Hawra Uqaira, ketika meluangkan masa bersama di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Kamal Adli, jelas kelihatan Hawra begitu teruja dapat bertemu dengan bapanya. Si kecil itu dilihat berlari-lari di sekitar mall sambil menunjukkan wajah ceria dan penuh kegembiraan. Gelagat comelnya itu turut membuatkan ramai tersenyum melihat keakraban yang terjalin antara anak dan ayah tersebut.

Walaupun Kamal dan bekas isterinya, Uqasha Senrose tidak lagi bersama sebagai suami isteri, hubungan Kamal dengan Hawra tetap utuh. Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya jelas tidak pernah pudar dan tidak mampu dipisahkan oleh apa jua keadaan.

Melihat senyuman dan kegembiraan Hawra sepanjang pertemuan tersebut, jelas bahawa ikatan antara mereka masih kuat dan penuh kasih sayang. Momen-momen seperti inilah yang menjadi kenangan berharga buat seorang anak dan juga seorang bapa.

Jom tonton video di bawah :

Ramai netizen turut memuji sikap Kamal yang sentiasa meluangkan masa berkualiti bersama Hawra walaupun sibuk dengan urusan kerjaya. Antara komen-komen yang diberikan adalah :

” Mcm dia punya jeaa mall tu .. comel nya diaaaa semoga membesar dgn sihat ye.. Happy daughter..happy father..so cute the bonding.. “

” Alahai comelnya Haura, ayahnya lebih comel la.. Napa la x pnah tserempak eh… teringin beno nak tgk depan2 comel Nye, sihat sll baby hawra.. “

” Alhamdulilah comey nya clap hand dia tu …Semoga dpt bawak dia gi holiday plak nnt Tengah bagi anak tengok video ni. Gelak2 dia.. “

” MashaAllah tabarakallah comel sgt Hawra Uqaira ni…seronok dia eh dpt keluar dating dgn ayah …aunty doakan semoga Hawra membesar dgn sihat n hepi selalu disamping ibu n ayah.. “

” Alhamdulillah ibu n ayah jdi parenting yg baik untuk hawra smoga slamanya slalu ada untuk hawra okee, comel nyee Hauraa tu, semoga korang berdua cmni sampai bila2 .. “

” Hepinye dpt jumpa daddy.. Tgk depan hawra ni..Ya Allah comel giler. muka tu omey sangat laaa mesti ayahnya buat muka comel tu yg Hawra ikut tu.. “

” Bagus simpan kenangan mcm ni nnt hawra bsr dia tgk blk kecomelan dia dgn ayah. Bhgianya hawra dpt kluar dating dgn ayah hensem dia.. “

Semoga hubungan erat antara Kamal dan Hawra terus berkekalan serta menjadi inspirasi bahawa walaupun sesebuah perkahwinan berakhir, tanggungjawab dan kasih sayang terhadap anak tetap menjadi keutamaan. Semoga Hawra membesar sebagai anak yang solehah dan sentiasa dikelilingi kasih sayang kedua-dua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Huggies AirSoft

Trending

Copyright © Berita Kopak