Connect with us

Artis / Selebriti

” To my person, our ultimate anchor.. ” – Datin Lisa Surihani

Perkongsian Datin Lisa Surihani sempena ulangtahun kelahiran suaminya, Dato’ Yusry dan anak bongsunya, Yunos Laith menyentuh hati ramai. Sweet sangat keluarga ni.. 

Meninjau ke akaun Instagram, pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani tampil berkongsi ucapan istomewa dan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Dato’ Yusry Abdul Halim serta anak bongsu mereka, Yunos Laith.

Menerusi perkongsiannya, Lisa meluahkan rasa syukur yang mendalam kerana tarikh 15 Jun sentiasa membawa makna yang sangat istimewa buat keluarga kecil mereka. Menurutnya, tarikh tersebut menjadi simbol kepada rasa syukur berganda kerana menyambut hari lahir dua insan yang begitu penting dalam hidup mereka.

Menerusi ucapan tersebut, Lisa menyifatkan Yusry sebagai individu yang menjadi tunjang dan tempat bergantung keluarga. Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap segala pengorbanan, kasih sayang dan peranan yang dimainkan oleh suaminya sepanjang membina kehidupan bersama.

Tidak ketinggalan, Lisa turut menitipkan ucapan istimewa buat anak bongsunya yang disifatkan sebagai insan kecil yang berjaya mencuri hati seluruh ahli keluarga. Kehadiran Yunos Laith bukan sahaja menceriakan rumah tangga mereka, malah sentiasa menghadirkan senyuman dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk gambar seterusnya..)

Ucapan yang sarat dengan rasa syukur dan kasih sayang itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Yusry dan Yunos Laith. Antara komen yang diberikan adalah :

” Sanah Helwah abg yusry and TyMun handsome mochi, Yunos may both of you be blessed with His barakah, Comel2nya anak lisa dan yusry.. “

” Happy birthday Yunos and Yusry! Alhamdulillah, sanah helwah ..birthday yusri sama dgn ank bongsu sy 15/6. 

” Happy birthday yusryabdhalim & Yunos . Happy family alhamdulillah. Anak semua muka papa dia ye..kulit pun..takpe tetap hensem Dan bijak…macam mama… “

” Lots of love to you and your beautiful family lisasurihani yusryabdhalim Happy Birthday boys, Love this family. And love the song also .. “

” Sanah helwah to both of you Yusry & Yunos. May both of you be blessed with his barakah & happiness, Datin gambar pejam mata pun lawa..kalau aku..??? Cepat2 delete la gmbr cmtu .. “

” MasyaAllah  beautiful family . Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah swt, Semua muka ank2 dorang ke arah Lisa Surihani.. “

” Syukur alhamdulillah.. Happy birthday to Yusry and Yunos.. Semoga bahagia till jannah. Lagu jimin tu mmbygkan Datuk dan Datin adalah army bts.. “

Semoga Yusry Abdul Halim dan Yunos Laith Bin Yusry sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati serta kebahagiaan berpanjangan bersama keluarga tercinta. Semoga ikatan kasih sayang yang terjalin dalam keluarga ini terus mekar dan menjadi inspirasi kepada ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak