Artis / Selebriti
” Terbahak aku dengar jawapan dia tu, terus tersembur Milo aku.. ” – Komen Netizen
Video Ameng Spring memberikan teka teki untuk viewer mengenai tips memiliki suara sedap buat ramai terhibur. Adui, tak sangka itu tips yang Papa Meng mahu berikan kepada Azeva. Berdekah Papa Meng gelak bila ada yang jawab betul. Memang unexpected sangat..
Ameng Spring antara selebriti yang aktif di media sosial dan diikuti oleh ribuan pengikut. Saban hari, ada sahaja cerita yang Ameng kongsikan menerusi live di akaun Tiktok miliknya. Adakalanya mengenai pengalaman kehidupan di penjara dan perkara yang berkaitan dengan isu semasa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mamaar783, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ameng bercerita mengenai tips yang ingin diberikan kepada anak perempuannya, Azeva. Kata Ameng, dia ingin memberikan Azeva tips untuk memiliki suara yang sedap.
Sebelum Ameng mendedahkan tips tersebut, Ameng meminta viewers untuk meneka apakah jawapannya. Ramai yang mengatakan perlu cukup tidur dan minum air masak untuk menjaga suara. Kebanyakan jawapan yang diberikan salah, namun ada satu jawapan yang tepat.

Ketika isteri Ameng, Kak Saba membacakan jawapan tersebut, Ameng tergelak besar dan menutup mulutnya kerana tidak menyangka ada yang boleh meneka dengan tepat. Sebagai balasan, pemberi jawapan tersebut memperolehi 2 tiket percuma ke konsert Ameng nanti.
Jom tonton video di bawah :
@mamaar783
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Aku suka makan budu tapi suara aku macam katak haha.. Makan ayam minum milo.. Terus tersembur milo aku.. “
” Comey jer papa meng bila ada yg bagi jawapan betol. Tak sangka betul tu tips berharga daripada papa meng. apa lagi, jom ler kita teguk budu.. “
” Tak habis habis masuk air tau papa meng ni. terbahak aku dengar jawapan dia tu. bestnya dapat tiket free tu.. “
” Betullah ank sy yg ting 4 suka makan budu,suara dia best tapi dia pemalu tak ada rezeki dis utk jadi penyanyi. Budu probiotic.. “
” I pun suka budu. ada artikel mengatakan budu juga bagus untuk otak.. Laku lah budu lepas ni ramai yang nak suara sedap haha.. “
” Kalau dah macam tu, kita minum terus la sebotol budu tu.. betul la tu kot sebab suara Salem pun sedap.. geng makan budu.. “
” Saya makan budu suara tak sedap lah.. kelakar tengok ameng ketawa bila ada yang jawab betul tu.. tak sangka pulak tu jawapannya.. luar kotak betul tip papa meng bagi haha.. “
Terhibur warganet melihat telatah spontan Ameng ketawa apabila ada yang memberikan jawapan yang betul. Itu rupanya tips suara sedap Ameng. Tidak perlu kos mahal untuk memiliki suara sedap seandainya hanya budu makanannya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mamaar783
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

