Artis / Selebriti
” Just a few more sunsets until our forever starts.. ” – Ammar Effendy
Anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy kongsi foto Pre-Wedding bertemakan Golf raih perhatian ramai. Wah, sama cantik dan sama padan Ammar dengan bakal isteri..
Anak kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa keping gambar pre-wedding yang cukup elegan dan eksklusif di media sosial. Menariknya, sesi fotografi tersebut berlangsung di sebuah padang golf yang luas dan menghijau, sekaligus menampilkan tema yang begitu dekat dengan jiwa Ammar.
Ammar seorang yang meminati sukan golf, pemilihan lokasi tersebut dilihat sangat bertepatan dengan minat serta personalitinya. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, Ammar tampil segak mengenakan sut tuxedo yang menyerlahkan penampilan kemas dan bergaya.
Bakal isterinya pula kelihatan anggun dalam gaun putih ala pengantin yang menyerlahkan aura romantik dan mewah sepanjang sesi fotografi tersebut. Gabungan suasana padang golf yang tenang bersama gaya pemakaian pasangan ini berjaya menghasilkan foto-foto yang tampak eksklusif, moden dan penuh kelas.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat pasangan sama cantik sama padan itu. Malah, ramai yang turut mengucapkan tahniah serta mendoakan agar segala urusan menuju hari bahagia mereka dipermudahkan. Ada juga yang mengakui tidak sabar menantikan majlis perkahwinan pasangan berkenaan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Ammar. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Congrats ammar… Cant wait ur big dayy. Congratulations brother Ammar.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan tahniah.. “
” Congrats brother, Alhamdulillah TAHNIAH Ammar, Awwwww.. Bersemuttt.. marr panas marr, Nice! Is it soon ? Style dowhhh.. “
” Beria betul terpaling golfer, aduh akhirnyaaaaaa andaaaaaaaa lancar2 sampe hari H maaaaaiii! So handsome.. this is class.. “
” Ya Allahh no 5 tu ghisauuu terlentang jer ammarrrr. fuhh lain macam. my love.. semoga dipermudahkan segala urusan.. “
” MasyaAllah.. beautiful view, beautiful couple, stunning edit. May Allah ease everything for you both . congratulations ammar wuuhuuuuuuu.. “
” Congratulations Ammar. Happy for u brother. wow cant wait your big day.. beribu tahniah diucapkan .. tak sabar lah.. “
” Congrats bruhh. Tahniah ammareffendy semoga bahagia till jannah. semoga Allah permudahkan urusan seterusnya.. “
Untuk rekod, Ammar dan pasangannya telah mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober tahun lalu. Semoga segala perancangan Ammar dan bakal suri hatinya berjalan lancar serta dipermudahkan, dan semoga pasangan ini dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah buat bakal pengantin!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ammar Effendy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose

