Artis / Selebriti
” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
Video ucapan Che Ta untuk anaknya, Ammar Effendy Azuar Effendy dan menantunya, Auni Ikhwan curi perhatian warganet. Wah, dah macam ucapan kat majlis anugerah, menyentuh hati namun ada jenaka yang terselit. Part penutup ucapan tu lawak, haha..
Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah pun selamat menerima seorang menantu semalam. Anak sulung Che Ta, Ammar Effendy Azuar Effendy menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi gadis pilihan hatinya, Auni Ikhwan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan Che Ta pada majlis resepsi Ammar dan Auni. Che Ta dan Aaisyah Dhia Rana tampil anggun dalam persalinan serba biru hasil rekaan Qudyn Aziz.
Ucapan Che Ta yang penuh dengan nasihat tidak hanya untuk Ammar tetapi juga untuk Auni. Sebagai seorang ibu, Che Ta bersyukur kerana Ammar memilih pasangan hidup yang baik budi pekertinya dan pasti akan menjaga Ammar dengan sempurna.

Bagi Che Ta, melepaskan Ammar ke tangan wanita lain bukan petanda dirinya kehilangan anak tetapi Che Ta memperolehi seorang lagi anak perempuan. Memetik komen warganet, Che Ta tentu akan menjadi sahabat baik kepada menantunya dan melayani Auni dengan penuh kasih sayang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Ya Allah saya ingatkan ada Anugerah apa tadi… ampun.. Terbaik rozitachewan1 ucapan, nasihat, tips dan motivasi utk anakanda tersayang … mak sebak yerr.. “
” Mcm anugerahkan btw ucapan mummy tu menyentuh hati.. suka sngt tngok che ta klu bercakap… msti akan ada kelakar sedikit yg kluar spontan.. “
” Tahniah Che Ta rozitachewan1 Mendapat Menantu. Doa Sy Buat Ammar Dan Auni … “Semoga ALLAH Memberkahi Mu Dan Pasangan Mu Serta Menyatukan Kalian Berdua Dalam Kebaikan. Aamiin.” Quote Che Ta “Jommm Kita Sambung Makan …. Sebab Pengantin Pun Dah Sah … Makanan Pun Dah BAYAQ.. “
” MashaAllah , Tabarakallah, Alhamdulillah.. Tahniah Che Ta rozitachewan1 .. sukanya dgn ucapan che ta.. tu lah usaha dan harapan seorg ibu utk kebahagiaan anak2 nya dunia akhirat… pada pengantin.. Smoga berkekalan hingga ke jannah..Aamiin.. “
” Love her speech.. sebak and sweet sgt rozitachewan1.. Besaq betoi no font teks ucapan ceq.. nyalaaaaaa.. “
” Hati aku tersentuh dgr ucapan che ta.. Kreatif.majlis macam majlis anugerah. Pandai checta. Warna2 pun menarikk.. Tahniah che Ta mendapat menantu.. “
” Pcaye la cikta AKn jd mcm Sheila rusly syg mnantu mcm bff.. Mmg tiap kali ada pernikahan /perkahwinan mmg tunggu ucapan dari ibu dan ayah mcm ni.. Sbb kita mak juga kot.. Perasaan tu sampai dlm hati.. “
Ucapan yang sangat bermakna untuk anak dan menantu kesayangan Che Ta. Dalam menasihati, terselit juga jenaka spontan Che Ta yang menggamatkan suasana majlis. Apa-apa pun, semoga perkahwinan Ammar ini berkekalan sampai ke akhir hayat, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

