Artis / Selebriti
” Mula-mula memang daddy dia tak dapat bezakan Izzara dengan keyboard.. ” – Datin Alyah
Perkongsian Datin Alyah video throwback Tok Ram mendodoikan Izzara tidur buat warganet terhibur. Adui Tok Ram, entah mimpi apa lah tu. Bergedik-gedik tangan, dah macam main keyboard, haha..
Kehadiran Nur Izzara dalam kehidupan Datin Alyah dan Datuk Ramli MS atau mesra dengan sapaan Tok Ram membawa kebahagiaan yang berganda. Sejak adanya Izzara, semakin terserlah sisi lain Tok Ram yang penyayang dan sikap kebapaannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan gelagat Tok Ram mendodoikan Izzara yang masih bayi. Ketika ini, Izzaru baru sahaja hadir dalam kehidupan mereka dan semuanya berubah.
Tok Ram sangat menyayangi Izzara dan menjaganya dengan sepenuh hati. Gelagat Tok Ram mendodoikan Izzara itu mencuit hati warganet. Ini kerana gerak jari jemari Tok Ram yang seakan-akan sedang bermain keyboard. Izzara pula walaupun didodoikan seperti itu tetap lena tidurnya.

Datin Alyah turut memberitahu di ruang kapsyen bahawa video ini dirakamkan sehari sebelum majlis aqiqah Izzara diadakan di rumah abang iparnya di kampung Olak Batu Parit Raja Batu Pahat 2024. Kelakar juga kapsyen Datin Alyah yang menyakat Tok Ram itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Tgh ngigau main piano tu sy rase haha.. Huntunglah daddy izzara ahli muzik…beza dgn zaman kita dolu2 nk tidokan anak …main topok ajer.. “
” Mudah je tidurkn anak nie supo main keyboard ja.. kata abah dlm hati haha.. Datin.. rekod sambil gelak.. bergegar hp.. “
” Kelakar dan cute je tokram ni.. muka garang tapi jiwa penyayang amat.. nasib mimpi main keyboard, kalau mimpi main drum, naya ooo haha.. “
” Keyboard, haha comel.. mesti rekod sambil gelak ni.. sayang betul tokram dengan Izzara.. dengan kita pun ikt gelak tengok jari tokram camtu.. “
” Kalau camni smp ke pagi konpom siap 1 lagu, tggu nk boh lirik jer la.. Bangun bangun je terus tulis lirik tu haha.. keyboard pun keyboard lah tokram haha.. “
” Macam gitu je dia piano kan izzara ahhahhahaa izzara pulak nyenyak je ekk biasaaa dia tuuu.. “
” Weh sampai ke dalam mimpi pun main keyboard ye tokram haha.. Ini kalau xda background sound mesti ada suara terkekekeke.. “
Siapa sahaja yang tidak terhibur melihat aksi Tok Ram itu. Sampai terbawa ke dalam mimpi bermain muzik, jiwa pemuzik sungguh Tok Ram ini. Nasib baik lah Izzara tetap lena walaupun didodoikan seperti keyboard. Apa-apa pun, Tok Ram sememangnya seorang ayah yang penyayang dan penuh dengan kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

