Artis / Selebriti
” So cute tengok daddy Zara pula yang excited tiup lilin, hehe.. ” – Komen Netizen
Video sekitar sambutan hari lahir anak Dato’ Ramli MS dan Datin Alyah, Nur Izzara yang ke 2 tahun curi perhatian ramai. Alahai comelnya Zara, happy tengok kek birthday dia. Tapi nampak macam Tok Ram je lagi excited dari Zara, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Ramli MS dan juga isterinya, Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan pasangan ini meraikan hari lahir anak mereka, Nur Izzara yang ke 2 tahun. Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan majlis istimewa itu telah diadakan di Singapura dalam suasana penuh sederhana namun bermakna.
Walaupun majlis tersebut tidak diraikan secara besar-besaran, kemeriahannya tetap jelas terasa. Hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat, suasana sambutan itu nampak cukup indah dan dipenuhi dengan kasih sayang. Setiap detik yang dirakam memperlihatkan keakraban hubungan kekeluargaan yang begitu utuh.
Di ruangan kapsyen, Dato’ Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram, turut menzahirkan ucapan penuh makna buat puterinya. Tok Ram mengucapkan selamat hari lahir kepada Izzara serta tidak lupa merakamkan penghargaan kepada adiknya yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan bagi menjayakan majlis tersebut.

Menerusi video itu juga, jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan si kecil Izzara yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 2. Riak wajahnya yang ceria dan penuh senyuman nyata mencuit hati para warganet yang menontonnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan warganet juga turut menitipkan ucapan-ucapan selamat hari lahir kepada Zara. Antara komen-komen menarik adalah :
” So cute tengok daddy Zara pula yang excited tiup lilin, hehe.. Selamat hari lahir Nur Izzara, semoga Izzara menjadi anak yang solehah.. “
” Happy Birthday to you Zara.. Be good girl to mummy n daddy ok.. Makin cute lah Zara ni, geram betul tengok dia.. “
” Two years, countless memories and unlimited love.. Happy 2nd birthday to little sunshine Nur Izzara.. “
” Happy birthday to you Zara cute semuaga menjadi anak yang baik dan solehah.. MasyaAllah dah besar dah Zara.. “
” Epibesday adikk Zaraa membesar dengan sihat jadi anak yang solehah baik untuk dady & mummy yer sayang.. “
” Happy Birthday Zara… Semoga mnjdi anak yg solehah dn brjaya dunia akhirat.. Cantiknya baju Zara pakai tu.. “
” Happy besday Zara comelss, moga membesar dgn sihat dan di lindungi Allah sentiasa.. Aaamiin.. Sepp, kita sama April babies.. “
Dalam masa yang sama, Datin Alyah turut menitipkan ucapan istimewa buat puterinya di ruangan kapsyen. Kata-kata penuh kasih sayang itu menyentuh hati, menggambarkan betapa besarnya cinta seorang ibu terhadap anaknya. Perkongsian ini bukan sahaja meraih perhatian ramai, malah turut dihujani doa dan ucapan daripada warganet yang tersentuh dengan momen indah tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tokram_ramlims, alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

