Artis / Selebriti
” Walaupun tak sihat tetap best suara Hussain. Vokal seorang penyanyi.. ” – Komen Netizen
Video persembahan memukau Hussain Jamilul Hayat di pentas final TTMM2 raih pujian ramai. Fuhhh, padu duet Hussain dengan Datin Alyah. Meremang dengar..
Hussain Jamilul Hayat antara nama yang disebut-sebut oleh ramai kerana kehebatan suaranya. DNA keluarga penyanyi yang mengalir dalam badan Hussain tidak dinafikan menjadi salah satu punca Hussain mendapat perhatian daripada orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, Media Hiburan Official dan Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hussain di pentas akhir Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) yang berlangsung semalam.
Hussain membawakan 2 buah lagu iaitu Sumpah Mati Ku Sumpah Dan Cinta Matiku secara solo dan nyanyian duet bersama Datin Alyah menerusi lagu Kisah Ku Inginkan. Bagi yang mengikuti perkembangan Hussain pastinya maklum bahawa Hussain tidak sihat dan mengalami sakit tekak beberapa hari sebelum final berlangsung.

Walaupun Hussain tidak sihat sepenuhnya, ianya tidak menjadi penghalang untuk Hussain melakukan yang terbaik agar tidak mengecewakan para peminatnya. Vokal Hussain tetap lunak dan warganet memuji sikap Hussain yang tidak mudah berputus asa untuk berjuang dalam pertandingan ini.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Tak Di nafikan vokal Hussain NI yang paling terbaikkk.. Untung nya dapat Duet ngan Datin Alyah… Langsung x over shadow… Nmpk Hussien sggt terserlah.. “
” Walau pun tak sihat tetap best suara Hussain. Suara dua dua ngam even Hussain kurang sihat but final duet terbaik ni. Hussain tetap juara di mata kami.. “
” Start je Hussain nyanyi ” berhenti sudah pencarian dlm cinta..” masyaallah..feel dia terasa sampai.. Walapun x sehat dicuba yg terbaik.. “
” Hussain juara dihati kami semua.. teruskan Usaha.. humble, buckle up and on top InsyaAllah.. sedap gila suara dia.. “
” Syg hussian x sihat ada spoil persembahan sikit .. klu x dia dh juara.. tpi alhamdulillah jd naib juara.. the best vokal.. “
” Kesian Hussain x sihat.. tp awak real fighter, ttp mencuba.. tak sihat tapi vokal tetap mantap.. best sangat.. “
” Suara Hussain ni kan, tak jemu dengar. Vokal seorang penyanyi.. sedap walaupun Hussain sakit.. Hussain juara di hati peminat.. teruskan perjuangan dan jangan berhenti tau.. “
Persembahan yang terbaik daripada Hussain walaupun dalam keadaan kesihatannya yang kurang sihat namun tetap power. Vokal Hussain tetap mengagumkan dan pastinya Hussain akan menjadi salah seorang penyanyi pelapis yang bersinar selepas ini. Teruskan perjuangan untuk mengubah nasib keluarga sehingga berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Astro Gempak, IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen

