Artis / Selebriti
” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
Ditanya mengapa anak-anak tidak hadir ke majlis resepi Dato’ Red, ini jawapan Adira Suhaimi. Jarang Adira bagi kenyataan tegas macam ni. Harap Dato’ Red dan semua faham..
Kecoh baru-baru ini apabila majlis resepsi mantan suami Adira Suhaimi, Dato’ Red tidak dihadiri oleh anak-anak Adira. Anak mantan isteri pertama dan kedua Dato’ Red semuanya hadir ke hari bahagia papa mereka ini tetapi kelibat anak-anak Adira tidak kelihatan. Ianya menimbulkan banyak spekulasi di kalangan warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira menjawab pertanyaan wartawan berkenaan isu tersebut. Adira cukup tenang dan tutur katanya tersusun serta langsung tidak mengaibkan mantan suaminya itu.
Kata Adira, sebagai seorang ibu, dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak-anaknya itu. Isu tidak hadir ke majlis Dato’ Red, itu bukan lah isu yang tersangat besar dan perlu dihebahkan. Pada Adira, apa yang penting adalah mental dan perasaan anak-anak.

Adira turut menegaskan, dia mahu diberikan ruang untuk membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni. Bukan mudah untuk membesarkan 4 orang anak, perbelanjaannya besar kerana segalanya perlu disediakan demi memastikan anak-anak cukup keperluan asas mereka.

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Setuju kata adira..semoga dipermudahkn segala urusan adira dalam membesarkan 4 orang cahayamatanya itu. Adira ibu yang kuat.. “
” Kesian Adira.. She has her own choice.. let her be.. Isu yg lbih bsaq adalah bapak jgn lupa BG nafkah.. “
” Adira sangat tabah.. bagusnya dia baik tutur katanya, langsung tak ada nak memburukkan mantan suami.. “
” Well said.. yg xpernah alami hidup sebgai ibu tunggal jgn byk nyibuk, fikir nasib masing2 belum tentu cemana lg, doa yg baik2 je, peace.. “
” Bagus Adira xde nk aibkn ex dia.. Wanita se sopan Adira x usahlah di ganggu,biar lah dia dgn kehidupan dia,tanggungjwb dia,doa kan yg terbaik buat Adira dan ank2.. “
” Btl ckap dia ni… past is past jgn kacaau dah.. kedepannya biar la x husband fokus dgn wife… Kan… Kan.. “
” Ya’Allah hebat nya jawapan Adira. Kalau Jawapan Aku tu ‘ lahhh Kenapa plak Aku nak buang masa datang majlis dia , penting ke ? Dapat Duit ke Kalau pergi tu .. Kalau x ahhhh Xpayah.. “

Benar kata Adira, untuk masa sekarang apa yang penting adalah fokus pada kerjaya untuk menyara dan membesarkan anak-anaknya itu. Belanjanya bukan sedikit dan beri lah ruang untuk Adira membesarkan anak-anaknya dengan tenang. Semoga dipermudahkan segalanya untuk Adira dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

