Artis / Selebriti
” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
Video respon Anggrek ketika ditanya apa yang dia nak buat dengan duit kemenangannya di TTMM2 raih perhatian ramai. Wah serius lah Anggrek, biar betul. Tak sangka Anggrek jawab macam tu..
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan anaknya, Anggrek Adenan yang dinobatkan sebagai juara program Talk To My Manager (TTMM2). Menurut Adira, kemenangan tersebut merupakan satu rezeki yang amat besar dan tidak disangka-sangka buat keluarga mereka.
Adira menyifatkan perjalanan Anggrek sepanjang pertandingan sebagai pengalaman yang sangat berharga, terutama apabila anaknya berjaya membuktikan kemampuan luar biasa di atas pentas meskipun masih berusia muda iaitu sembilan tahun.
Walaupun berbangga dengan bakat yang dimiliki anaknya, Adira menegaskan bahawa pendidikan tetap menjadi keutamaan utama dalam kehidupan Anggrek. Adira tidak mahu kejayaan yang dikecapi pada usia muda menyebabkan anaknya mengabaikan pelajaran.

Menurut Adira lagi, Anggrek masih bersikap keanak-anakan walaupun nampak matang di atas pentas. Apabila ditanya kepada Anggrek tentang duit kemenangannya, respon Anggrek membuatkan ramai terhibur. Anggrek ingin membeli squishy dengan banyak. Bak kata Adira, Anggrek masih ‘baby‘ lagi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Anggrek. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Congratulations! adira.suhaimi. What I can say is that Anggerik gave her all every week despite being the youngest participant. Hence, that contributed to the winning plus good management.. “
” Alhamdulillah..bakat anggrek_adenan mmg amazing. Congrats to adira.suhaimi mampu klrkn semua talent anggrek. Anggrek berani, jiwa kuat , smart hot girl.. “
” Actually dia memang hebat. Untuk kanak2 yg umur 9 tahun. Dia kena hafal lirik. Step yg susah. Byk sngat dia kena ingat tapi dia memang hebat.. “
” Mungkin dia kurang Dari segi vokal tapi org yg vokal hebat pun x leh lawan kot showmanship dia awesome weiii. Kalau dia boleh nyanyi boleh kalah kan artis yg senior .. “
” Simpan duit tu utk masa depan..utk pendidikan anggerek.. betul kata Adira tgklah karektor dia ..bila atas pentas nmpk matang.. “
” ia bdk yg bijak.Utamakn pendidikan tu penting now dia jd artis..born to be a superstar as a manager adira akan jaga Anggerek dh nmpk kebolehan ami utk jaga ank dia, guide anggerek.. “
” Trskn perjuangan perjalanan msh jauh lg..InsyaAllah dia dh jd milik industri hiburan.Anggerek pasti boleh.. u deserve it.. “
Kenyataan Adira itu turut mendapat pujian ramai yang menyifatkan Adira sebagai ibu yang bijak mengimbangi perkembangan bakat seni anak dengan kepentingan pendidikan, selain sentiasa memberikan sokongan penuh dalam setiap langkah yang diambil oleh Anggrek. Tahniah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mdaily
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

