Artis / Selebriti
” Comel je gelagat Aisha Retno. Tapi boleh ek sebak sambil menari macam tu.. ” – Media
Video reaksi Aisha Retno ketika Anggrek diumumkan sebagai juara TTMM musim ke 2 buat ramai terhibur. Boleh pula Aisha menangis sambil menari macam tu. Untung lah Anggrek, Kak Aisha nak bagi lagu..
Kemenangan anak Adira Suhaimi, Anggrek sebagai juara Talk To My Manager (TTMM) Musim 2 bukan sahaja mengundang sorakan penonton di dewan, malah turut mencuri perhatian apabila penyanyi Aisha Retno dilihat antara individu paling teruja meraikan kejayaan tersebut.
Aisha yang tampil sebagai rakan duet Anggrek pada malam kemuncak pertandingan jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya sebaik nama anak kepada penyanyi Adira Suhaimi itu diumumkan sebagai juara.
Menerusi rakaman yang tular di media sosial, pelantun lagu Sutera itu dilihat bangun dari tempat duduk penonton kelihatan mengesat air matanya sambil berjoget dan bersorak meraikan kemenangan Anggrek. Reaksi spontan tersebut membuatkan rasmai terhibur dan menyifatkan Aisha begitu ikhlas berkongsi kegembiraan bersama penyanyi cilik berkenaan.

Bukan itu sahaja, Aisha turut dilihat merakam detik penuh bermakna itu menggunakan telefon bimbitnya sejurus keputusan diumumkan. Gelagatnya yang tidak putus-putus tersenyum dan bersorak menunjukkan betapa bangganya dia terhadap pencapaian Anggrek yang berjaya menawan hati juri serta penonton sepanjang musim pertandingan.
Jom tonton video di bawah :
Reaksi ceria Aisha yang menari dan merakam momen kemenangan itu sekali lagi memperlihatkan keakraban mereka. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” MasyAllah anggerik mlm ini sangat2 power..gandingan dgn aisah lg lg hebat… yay malam ni anggrek paling pandai pilih lagu sesuai dengan keupayaan.. “
” Alhamdulillah, Congratulations Anggrek tak sia² setiap minggu all out performance, Suara dia malam ni sedap. Lagu Stacy tu ngam dengan suara dia.. “
” Alhamdulillah. Congrats. Fly High anggrek_adenan aisharetno02 adira.suhaimi , mesti aisha bangga gila dengan anggrek kan.. “
” Wow anggrek_adenan adira suhaimi isharetno02 ..aunty sokong,tahniah. Tahniah semua pemenang, Dah agak anggerik juara.. “
” Masa mggu dgn mimifly.. Aisha nk sgt duet dgn anggerik..dia komen positif psl anggerek.. Rezeki tak salah alamat.. “
” Sape sangka gabungan genZ dan Gen alpha ni membuahkan hasil idea Aisha ni hebat pasti Meletop jdnya dua2 sgt hebat .. “
” Alhamdulillah tahniah Anggrek, Adira n teman duet Anggrek Aisha yg sgt hebat.. Tahun lepas juara pun duet dgn Aisha retno.. “
Kemenangan Anggrek sendiri dianggap cukup membanggakan apabila peserta berusia sembilan tahun itu berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk menyerlah dalam pertandingan berprestij tersebut. Sepanjang musim, Anggrek begitu konsisten mempamerkan persembahan yang bertenaga dan penuh keyakinan sehingga berjaya muncul sebagai antara peserta paling menonjol.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Shuib sampai cakap selama dia kenal Watie, dia tak pernah tengok diri Watie macam ni.. ” – Watie Hanifiah

