Artis / Selebriti
” Anggrek memang power, seminggu je hafal 2 lagu dan 2 tarian yang hebat.. ” – Komen Netizen
Video persembahan solo dan duet Anggrek di pentas final TTMM2 buat ramai terpegun. Kecil-kecil cili padi, part duet dengan Aisha Retno tu padu teruk. Goosebump tengok kelincahan Anggrek tu. Patut lah jadi juara..
Pentas final Talk To My Manager musim ke 2 (TTMM2) telah pun berlangsung semalam. 5 orang finalis iaitu Anggrek, Hussain, Cik B, Azeva dan Kim Khairii memberikan persembahan yang hebat dan memukau penonton di auditorium dan para juri tetap serta jemputan.
Anggrek salah seorang peserta yang dinanti-nantikan oleh para peminat rancangan realiti TV ini. Anggrek merupakan peserta paling muda dalam TTMM2, namun semangatnya begitu luar biasa dan saban minggu memberikan persembahan yang di luar jangkaan penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan solo dan duet Anggrek bersama Aisha Retno. Tugasan lagu solo, Aku Stacy dibawakan dengan cukup sempurna oleh Anggrek.

Slot duet bersama Aisha Retno pula mendapat standing ovation daripada juri dan para penonton di auditorium. Gerak tari Anggrek yang begitu lincah serta penguasaan pentasnya sangat mengagumkan. Anggrek masih kanak-kanak tetapi jiwa penghiburnya sangat menyerlah apabila berada di atas pentas.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Love u anggrek.. kamu anugerah Allah.. terima kasih sudi terima kak aisha untuk berduet dengan anggrek , may Allah bless u always,both u and kak adira.. “
” Ak xnak dgr suara dia sgt.. sbb suara dia belum power.. tp ak yakin 1 hari nanti dia mmg akan ade vokal yg bagus.. ak tgk anggerik sbb tgk lincah dia , step kaki dia menari, memek muka dia.. fuh hebat.. “
” Anggerek nie mmg berbakat laa…modelling pun dia sapu…menari pun power…menyanyi pun padu…sikit lagi blh berlakon plk…tahniah Adira dan Anggerek juara TTMM2.. “
” Mmng performers, power anggerik… Suara tu nnti seiring dia besar mesti makin sedap… Bagus betul anggrek_adenan ni… so neutral gerak tari … aisharetno02 memang terbaik.. “
” Congrats anggrek_adenan saya suka aisharetno02 dia tak overshadow anggrek.. persembahan duet yg mantap ibarat kopi Dan susu nenyatu dg sebati di dalam cangkir.. “
” Bgos betol Angreek ni.. terpukau dgn performnce dia.. Bru berusia 9 tahun ooi.. hebatnya Anggerek.. Bakat luarbiasa.. “
” Nice performance, good job Anggrek n Asha Retno.. menyalaaaaa.. Dia memang power seminggu jer hafal 2 lagu 2 tarian yg hebat.. Anggerek budak lagi tapi power lahhh boleh ingat steps tarian.. “
Satu persembahan final oleh Anggrek yang sangat memukau. Tarian dan nyanyian disatukan menjadi satu dan Anggrek membuktikan usia bukan lah halangan untuk dirinya menyahut cabaran yang diberi. Tahniah Anggrek kerana dinobatkan sebagai juara TTMM2.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 hour ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Shuib sampai cakap selama dia kenal Watie, dia tak pernah tengok diri Watie macam ni.. ” – Watie Hanifiah

