Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

Video penjelasan juri Talk To My Manager musim ke 2, Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah apabila ditanya mengapa Anggrek yang diangkat sebagai juara. Oh itu rupa-rupanya sebab Anggrek menang. Yang pertikai Anggrek menang tu, sila tengok ini..

Talk To My Manager musim ke 2 ( TTMM2 ) telah pun melabuhkan tirainya semalam. Sebagaimana yang diumumkan, anak kepada Adira Suhaimi, Anggrek dinobatkan sebagai juara TTMM2 mengalahkan Hussain, Cik B, Azeva dan Kim Khairii. Ianya satu keputusan yang mengejutkan ramai penonton TTMM2.

Ada yang mempertikaikan keputusan tersebut kerana merasakan peserta kegemaran mereka lebih layak untuk bergelar juara. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pop Arena Officials, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sidang media wartawan bersama juri tetap, Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah.

Ketika majlis ini, Datuk AC dan Che Puan Sarimah memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai pemilihan Anggrek itu. Kata Datuk AC, sememangnya ada perbezaan pendapat antara juri tetap dan juri jemputan, namun mereka berpegang kepada format program TTMM2.

60 peratus markah bergantung kepada persembahan finalis dan kekuatan vokal adalah bonus. Bagaimana cara manager menonjolkan artis mereka, itu yang dinilaikan oleh juri. Anggrek mempamerkan persembahan yang memukau dan kelincahannya di pentas menjadi faktor utama dirinya menang.

Jom tonton video di bawah :

@poparenaofficials

[HIBURAN] Pendapat Juri Tetap Dato AC Mizal dan Che Puan Sarimah mengenai keputusan Konsert Akhir Talk To My Manager musim Kedua. Terus mengikuti media platform Pop Arena untuk mengetahui perkembangan terkini rancangan Talk To My Manager Musim kedua. 🔥 #TalkToMyManagerMY #TTMM2 #HiburanMalaysia #Viral #fyp

♬ original sound – Pop Arena Malaysia – Pop Arena Malaysia

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Kali ni sis setuju anggerik juara sb persembahan dia mmg letops best giler!! hussain best cumanya persembahan xblh nk buat byk sb dua2 ballad.. “

” Prsembhn aggerik ngn cik b, aku tgk cik b lgi wow…klau vokal azeva,hussain mlm tdi i tgk dia da try the best,nk wt caner nmpk part2 trkucil ye la x sihat..gws hussain…result ntah la..KECEWA.. “

” Allah pemberi rezeki ..reZeki Dr Allah.Anggerik dah usaha . ITU lah ganjaran nyee.. kalau tgk show malam td betul dah keputusan semua.. “

” Cara persembahan di atas pentas memang angrek terbaik. semang nya angrek layak menjadi juara. walau pun umur 9 tahun.tapi persembah nya terlalu memukau.. “

” Husin kn x sihat.. tp dia buat yg terbaik. suara Anggerik all out ada perbezaan Dari mula hingga final.. “

” Sy setuju dgn juri,sebab tgk semlm Azeva, Hussain x menyerlah walau suara mantop tp semlm x ok,kekuatan mmg berpihak pada Anggerik tahniah,bdk usia 9 thn nk menari,menyanyi ,hafal lirik bkn senang.. “

” Saya sokong anggrek.dua2 lagu rancak.dia menari nyanyi tak tercunggap lgsg.tukar baju lagi.kita yg penat tgk dia.. mn yg xpuas ht tu ,dgr ni dn hadam dn phm.. “

Faktor utama adalah persembahan di pentas dan Anggrek sememangnya yang paling menonjol. Semoga semua berlapang dada dengan keputusan final TTMM2 ini. Pastinya baik Anggrek, Hussain, Cik B, Azeva mahu pun Kim Khairii akan lebih menyerlah selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Pop Arena Malaysia, IG Media Hiburan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak