Artis / Selebriti
” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
Video aksi sweet Dato’ Fazley Yaakob dan Dato’ Seri Vida ketika dinner di atas cruise buat ramai terhibur. Alahai nak suap makan sampai kena sepit mulut DS Vida. Nakal sangat Dida ni, haha..
Hubungan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan Dato’ Fazley Yaakob mula menjadi topik perbualan wargamaya apabila mereka sering membuat live bersama. Tidak hanya itu, pasangan ini turut bercuti bersama-sama anak-anak mereka di Phuket, Thailand baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok quputehtomatohq, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan DS Vida dan Dato’ Fazley sedang menikmati makan malam mereka di atas kapal persiaran (cruise) ketika percutian mereka itu.
Dato’ Fazley diketahui seorang yang romantik dan sering menyediakan makanan untuk DS Vida. Ramai yang mengatakan Dato’ Fazley seorang lelaki yang gentleman dan terserlah keikhlasan cinta dan sayangnya untuk DS Vida. Pasangan ini juga mengakui mereka sedang mengenali hati budi dan merancang ke fasa perkahwinan.

Menerusi video ini, Dato’ Fazley ingin menyuap makanan kepada DS Vida, namun lain pula jadinya apabila Dato’ Fazley bergurau senda dengan kesayangannya itu. Spontan sahaja Dato’ Fazley menyepit bibir DS Vida dan ianya membuatkan DS Vida tersenyum lebar.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Ni dah lebih ni, cepat la umumkan dah nikah.. geram sangat dah tu haha.. comel je mulut kena sepit camtu.. “
” Lawak2 cmni yg dah nikah je boleh buat. Klo berkawan xdenye nk melawak sampai mcm ni. So kesimpulannya, korg simpul lah sendiri.. “
” Dida sorang je boleh buat macam tu.. x sangka pulak dato fazley perangai gila gila gitu..cepat ler kawin.. lain macam tgk dato fazley sekarang . x boleh berpisah dah ni.. “
” Alamakk salah masuk bilik lahhh. Yg single2 jgn tgk kang nangis tepi bucu katil.. Nah dah buat perangai nakal dah dato Fazley ni haha.. “
” Jangan bagi netizen marah.. dah kawen cepat cepat mengaku hehe.. Dida lepaskan geram tu.. nk sweet2 cm ni tolong la jgn kongsi …jeles tau.. “
” Aku rasa dorang ni dah kawin. tapi ntah bila la nak umumnya.. lawak random pulak dida, spontan. berdekah tengok mulut dsv kena sepit camtu.. “
” Aduhai.. Senyum sorang2.. Yg single tu mohon faham yek.. Maklumlah ni org yg penuh pengalaman bercinta.. Diaorg kembalikan nostalgia dulu2.. “

Nakal juga Dato’ Fazley ini, comel reaksi DS Vida apabila bibirnya dikepit seperti itu. Tumpang bahagia warganet melihat pasangan merpati dua sejoli ini. Cepat-cepat kahwin, ramai yang tidak sabar hendak melihat perkahwinan mega antara DS Vida dan Dato’ Fazley.
Tonton video di bawah :
@quputehtomatohq Hahahhaha 😂 lama dah pendam tu #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukfyp #didalavida
♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok quputehtomatohq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen

