Artis / Selebriti
” Cik B dan Kacak ni, dia orang ni memang masih traumatik dulu. So dia memberi ruang.. ” – Dato’ Seri Vida
Video Dato’ Seri Vida menjawab isu yang mengatakan kisah percintaannya bersama Dato’ Fazley hanyalah sekadar gimik semata-mata untuk meraih perhatian. Ini respon tuan badan sendiri. Wah, serius lah Dato’ Vida..
Meninjau di akaun TikTok milik f8buzz, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida. Menerusi video tersebut, DS Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan hubungan rapatnya bersama Dato’ Fazley Yaakob hanyalah sekadar gimik untuk meraih perhatian.
Menurut Dato’ Seri Vida, apa yang berlaku adalah lahir daripada keikhlasan hati dan bukannya sesuatu yang direka-reka. Jelasnya lagi, dia tidak mempunyai sebab untuk menjadikan soal perasaan sebagai bahan publisiti kerana apa yang dikongsikan adalah berdasarkan apa yang sedang dilaluinya ketika ini.
Menerusi temubual itu juga, wartawan sempat bertanyakan mengenai penerimaan anak-anaknya terhadap hubungan tersebut. Dato’ Seri Vida mengakui anak-anak memberikan sokongan penuh kepada dirinya dan sentiasa mendoakan agar dirinya dipertemukan dengan insan yang benar-benar mampu menyayangi serta membahagiakannya dengan ikhlas.

Tidak hanya itu, Dato’ Seri Vida turut mengulas mengenai teguran yang diberikan oleh PU Syed berhubung isu tersebut. Beliau berkata, setiap nasihat yang diterima disambut dengan hati yang terbuka dan menganggap teguran itu sebagai satu peringatan yang baik untuk dirinya.
Tonton video di bawah ini :
@f8buzz 💬 ”Bercinta tu gimmick? Tak… yang benar itu.”- DSV ❤️ Dato’ Seri Vida akhirnya menjawab dakwaan bahawa hubungan yang sedang hangat diperkatakan itu sekadar gimik. Dalam temu bual ini, beliau turut berkongsi perancangan masa depan, mengapa memilih untuk tidak terburu-buru, serta reaksinya terhadap pelbagai komen netizen. 🎤 F8Buzz dan rakan media bersama Dato’ Seri Vida. 📲 Tonton video penuh sekarang di YouTube F8Buzz. #f8buzzhiburan #DatoSeriVida #DSV
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Betul kata Dato seri… Perkawinan ni bukan perkara mudah… Kalau dh jodoh tk ke mana Dato Seri Vida dan Dato Fazley.. “
” Setuju dgn Dato’… Tak kan kenal2 terus nikah kan ada benda2 yg perlu di selesai kan.. Semoga kalian berjodoh… Aamiin2.. “
” Saya sangat bersetuju sekali dengan Dato’Vida dna memahami Kerana Untuk menamatkan zaman menjanda bagi seorang ibu tunggal sangat sukar dan memerlukan waktu berfikir yg panjang serta penyesuaian yg teliti.. “
” Pada mata saya lihat Dr Fazley sesuai dengan Dato’Vida tetapi secara pribadi Dia lebih tahu lah keserasian beliau dengan Dr Fazley boleh berlanjutan hingga ke akhir hayat bersama.. “
” Kita tunggu lah wedding of the Year. Sabar dulu, persandingan 2 celebriti. Sya pun doa semoga ada jodoh.. “
” Nampak bahagia dato vida. Semoga berjodoh n kekal selamanya, aamiin. Btl ckp dato tak blh main kawin terus kena bg masa berkekalan.. In shaa Allah smg berjodoh ya dato.. “
” Gelak tu yg buat Dida jatuh cinta. Sya klau dengar gelak Vida sya gelak sama.. Semoga Allah permudahkan segala urusan Dato seri Vida dan Dato fazley baik Baik sahaja kerana Allah Aamiin.. “
Perkongsian Dato’ Seri Vida itu sekali lagi mencuri perhatian warganet yang mengikuti perkembangan hubungannya bersama Dato’ Fazley. Ramai mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan sekiranya benar mempunyai jodoh, selain berharap kedua-duanya sentiasa diberikan kebahagiaan dan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok f8buzz, cikb_havoc66
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz

