Artis / Selebriti
” Saya jarang gelak tau tapi yang ni saya gelak sakan, haha.. ” – Komen Netizen
Diusik oleh warganet sedang dating bersama, pengakuan Dato’ Seri Vida buat ramai terhibur. Terkejut Dato’ Fazley dengar apa yang Dato’ Vida cakap tu sampai merah padam muka dia. Berdekah Dato’ Vida gelak, haha..
Hubungan akrab antara usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan penyanyi serta chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob kini menjadi perhatian warganet. Sejak kebelakangan ini, kedua-duanya sering dilihat bersama dalam pelbagai aktiviti dan mengundang pelbagai spekulasi dan usikan daripada para peminat yang mengikuti perkembangan mereka di media sosial.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan beliau sedang mengadakan sesi siaran langsung bersama Dato’ Fazley bagi mempromosikan produk jualannya. Seperti kebiasaan, sesi siaran langsung itu berlangsung dalam suasana santai dan ceria, namun apa yang mencuri perhatian adalah lambakan komen usikan daripada warganet yang tidak henti-henti mengaitkan mereka berdua.
Menerusi video tersebut, Dato’ Fazley dilihat membaca beberapa komen yang ditinggalkan oleh penonton. Menurutnya, ramai yang bertanyakan bilakah dia dan Dato’ Seri Vida akan mendirikan rumahtangga. Soalan tersebut membuatkan Dato’ Fazley kelihatan sedikit malu untuk membacanya secara terbuka. Malah, terdapat juga komen yang secara berseloroh mendakwa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan istimewa atau sedang ‘dating‘.

Tidak melatah dengan usikan tersebut, Dato’ Fazley sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa mereka sedang ‘dating sambil berniaga’. Dalam suasana yang penuh gelak tawa itu, beliau kemudian mengajukan soalan kepada Dato’ Seri Vida sama ada mereka sebenarnya sedang ‘dating‘ atau tidak. Jawapan spontan yang diberikan oleh usahawan terkenal itu membuatkan Dato’ Fazley terkejut, manakala Dato’ Seri Vida sendiri tidak dapat menahan ketawa dengan situasi yang berlaku.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Saya jarang gelak tau tapi yang ni saya gelakk sakan, haha.. Kita suka tgok & dgr Dato gelak… Best, lps tu mcm ada energy super tu blh mariii.. “
” Saya ni kan… Klu kemurungan.. Kene tgk mana2 video DSV gelak… Boleh hilang kemurungan saya. Btw nampak sepadan lah DSV dengan Dida.. Jgan tuggu lama2.. “
” Dato Fazley, gn lupa jemput makan nasi minyak cings shinebright .. Terikut i gelak dengar DSV gelak, ceria betul pasangan ni.. Nampak sesuai pula tu.. “
” Dato fazley paggil dato seri vida D ke.. D tu Dear ke, hehehe.. Woww sweet sangat lah Dato ni.. Jodohhh, sama sama pandai niaga.. Mesti meletopppss.. “
” Cantikknya DSV… Natural beauty, lepas ni dh tak yh pakai mekap tebal2 Dato, Dato dh cantikkk sangat.. Suka tengok Dato macam ni.. “
” Mula² kuatkan volume sbb tal dgr suara Dato Fazley.. Skli dsv gelak kelang kabut aku slow kn volume. Trkejut aku weii, hahahahahaa.. “
” Tengah² syok ni dunia ana yg punyalah kan, tu yang happy tu, hehe.. Aku jarang gelak kalau dgr dato vida ni gelak tp kali ni meleleh air mata sekali gelak adoiyaiiii, haha.. “
Rata-rata terhibur melihat keletah dan keserasian yang ditunjukkan oleh mereka berdua sepanjang siaran langsung berlangsung. Malah, ramai juga yang secara berseloroh menyatakan sokongan sekiranya Dato’ Fazley dan Dato’ Seri Vida benar-benar berjodohan suatu hari nanti kerana mereka dilihat begitu serasi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG datoserivida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry

