Artis / Selebriti
” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
Adik beradik dikatakan menumpang populariti Hussain Jamilul Hayat, ini respon Hussain yang ramai tidak jangka. Tak sangka adik beradik sanggup berkorban macam tu demi Hussain..
Hari demi hari, populariti bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain Jamilul Hayat semakin bertambah. Sikap Hussain yang merendah diri dan tidak sombong dengan para peminatnya membuatkan peminat semakin sayangkan Hussain. Sokongan peminat juga sangat kuat untuk Hussain.
Meninjau entry di akaun Tiktok Media Hiburan, telah dikongsikan satu video temubual yang memaparkan Hussain menjawab soalan daripada wartawan. Salah satu isu yang dibangkitkan oleh wartawan adalah dakwaan mengatakan adik beradik Hussain menumpang popularitinya.
Seperti biasa, Hussain menjawab segala persoalan dengan tenang dan penuh berhemah kata-katanya. Ujar Hussain, adik beradiknya yang banyak berkorban sejak Hussain memasuki Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) dan kini menyambung pula bertanding di Big Stage.

Hussain turut mendedahkan bahawa adik beradiknya yang mendahulukan wang mereka untuk perbelanjaan Hussain kerana Hussain telah pun berhenti kerja sebelum bertanding di TTMM2. Ini adalah pengorbanan yang tidak wajar dipertikaikan dan ahli keluarga adalah tulang belakang Hussain.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” AdikBeradik Hussain Bkn Org Luar. Why Nk Kata Tumpang Popularity Hussain. Why Manusia Yg Berhati Tdk Baik Mempersoalkan Hubungan Baik Hussain & Siblings.. “
” Alhamdulillah.. acik suka jawapan dari Hussain ye.. semoga Allah luaskan lagi rezeki ucin dan bantu keluarga.. Elok tutur Kata nya Allahu ,moga trus Berjaya Dunia akhirat hussain.. “
” Diorg yg dahulu kan duit diorg dahulu “..uwaaaaaas acik nangis lah Hussainnnn.. kasih adik beradik tak boleh dipisahkan.. “
” Hussain cakap jujur.. susah senang hanya keluarga terdekat saja yg tahu dan ambil peduli. Peduli apa dgn cakap2 orang luar sana.. Do you best hope you wil be success.. “
” MashaAllah hebat ank jamalulhayat ni..dia sntiasa igt pesanan ayah dia.. still humble..kekalkan hussain.kamu akn bjaya.. “
” Rezeki Sy rezeki keluarga sy jg..bagus Hussain teruskan utamakan keluarga..bagus didikan ayah dan ibu Hussain.. “
” Cara budak thafiz menjawab, penuh kematangan. Adik Beradik hussain semuanya baik budi pekertinya.. “

Tiada istilah menumpang populariti bagi Hussain kerana adik beradik lah yang bersusah payah demi memastikan Hussain berjaya dalam perjuangannya ini. Hubungan adik beradik dan kasih sayang yang tidak akan pernah terputus. Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki Hussain dan keluarga.
Tonton video di bawah :
@mediahiburanofficial ✨Percaya setiap orang ada rezeki masing-masing, bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain tampil mempertahankan ahli keluarganya susulan ada dakwaan di media sosial yang menyifatkan adik-beradiknya seolah-olah cuba ‘menumpang populariti’ hasil penyertaannya dalam program realiti nyanyian itu 🎤 💛 Hussain mendedahkan, keluarganya merupakan antara individu yang paling banyak berkorban dan menjadi tulang belakang, terutama selepas dia mengambil keputusan berhenti kerja demi memberi fokus sepenuhnya terhadap pertandingan nyanyian ✨ Bagi Hussain, segala yang dikecapi hari ini adalah rezeki Allah SWT dan setiap daripada kita mempunyai bahagian rezeki yang telah ditentukan. Love Hussain! 🌹 Saksikan Big Stage Rocketfuel. Setiap Ahad, 9 malam. Strim melalui Astro One dan sooka #MHnews #MediaHiburan #FYP
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

