Artis / Selebriti
” Merdunya suara Hussain ni. Lunak merdu dia berqasidah tu, dengan kita rasa meremang.. ” – Komen Netizen
Video throwback Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah secara live buat ramai teruja. Fuh suara Hussain bila berqasidah memang padu. Nafas panjang, merdu sangat..
Hussain Jamilul Hayat meneruskan perjuangannya di pentas Big Stage Rocketfuel. Sekali pun belum berehat selepas tamat program Talk To My Manager musim 2 (TTMM2), Hussain tetap bersemangat untuk memberikan persaingan dan persembahan terbaik saban minggu.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, untuk minggu ke 5 nanti, Hussain bakal menyanyikan lagu dendangan popular Datuk Jamal Abdillah dan Dato’ M. Nasir berjudul Ghazal Untuk Rabiah. Putera Muhammad dipilih sebagai pasangan duet Hussain pada minggu itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pfizers_astrazenex, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Hussain menyanyikan lagu tersebut ketika sedang bersiaran langsung bersama para peminatnya di applikasi Tiktok sebelum ini.

Suara Hussain berqasidah membuatkan ramai yang teruja. Hussain memiliki suara yang lunak dan merdu lebih-lebih lagi apabila mendendangkan lagu berirama Malaysia seperti ini. Ramai yang memuji kelunakan suara Hussain itu dan berharap Hussain akan menjadi juara.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Yeayy hussain minggu depan lagu ni.. duet minggu depan mesti gempak.. tak sabar nak tunggu hussain nyanyi lagu ni.. “
” Aku rasa la kn hussain ni sebenrnya kena dengn lagu irama irama melayu la tah la bila dia kta dia minatt lgu balada mcm x kena sgt. tp lagu anuar zain tu sesuai dengan vokal dia.. “
” Tak sabar nak tengok ahad nie hussain bawak lagu ni. betul Tu kne pulk berduet dgn putera Muhammad.. power Wei …. depa bergabung.. “
” Minggu ni mohon rehatkan sedikit suara sain… bagi ruang legakan peti suara.. jgn stress ye.. kami tetap support ape jua keadaan.. semangat Sainnn.. “
” Mashallah sedap dan merdunya suara hussain .. nafas panjang..kalau dgr dia mengaji tentu sedap ni.. Go hussain.. “
” Merdunya suara Hussain ni, lunak merdu dia berqasidah tu dengan kita rasa meremang.. suara Hussain sama macam pakciknya.. “
” Padu, suara best gila. anugerah Allah. Hussain jangan takut suara macam uncle Jamal Abdillah.. Ayam, kambing semua suara sama.. Aku yakin Ucin no 1 in chart mggu ni.. Buat tbaik Ucinnnnn uiii.. “

Ramai yang tidak sabar untuk mendengar nyanyian lagu Ghazal Untuk Rabiah versi Hussain dan Putera Muhammad Ahad ini. Pasti pentas Big Stage akan meriah dengan paduan suara emas mereka berdua. Selamat maju jaya Hussain dan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan peminat Hussain.
Jom tonton video di bawah :
@pfizers_astrazenex uina qasidah dia #hussainjamilulhayat @hussainjamilul #hussain #talktomymanager #ttmm2 #fyp
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pfizers_astrazenex
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

