Connect with us

Artis / Selebriti

” Suara Hussain unik, betul-betul suara jantan yang jarang dengar untuk Genz sekarang.. ” – Komen Netizen “

Muncul sebagai peserta ke 11 Big Stage, persembahan pertama Hussain Jamilul Hayat raih pujian daripada ramai. Fuhhh, padu betul suara Hussain nyanyi lagu Anuar Zain, Lelaki Ini. Meremang dengar.. 

Pentas Big Stage Rocketfuel telah pun dimulai dan semalam menyaksikan persembahan yang hebat belaka daripada semua peserta untuk minggu pertama ini. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, salah seorang peserta final Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) akan diserap ke Big Stage sebagai peserta ke 11.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Sooka Malaysia, telah dikongsikan suasana ketika peserta ke 11 ditonjolkan kepada umum. Ianya tidak lain dan tidak bukan, Hussain Jamilul Hayat. Ianya menepati sasaran warganet kerana Hussain dilihat yang paling layak untuk berada di pentas Big Stage.

Bunyi sorakan bergema ketika Hussain muncul di pentas bersama pengacara, Nabil Ahmad dan Azeva. Bagi minggu pertama ini, Hussain menyanyikan lagu dendangan asal Anuar Zain berjudul Lelaki Ini. Suara jantan Hussain memukau penonton termasuk juri tetap, Hael Husaini.

Ramai yang memuji kelunakan suara Hussain itu. Hussain membawakan lagu tersebut dengan penuh penghayatan dan caranya tersendiri. Tidak salah pemilihan Hussain sebagai peserta kerana Hussain akan memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain dan memeriahkan lagi Big Stage musim ini.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 7000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Be humble, stay on top anddd buckle up Hussain.. andalah lelaki ituuuu.. Pserta Yg lain tu mngkin ad yg best , cuma Hussain suara unik , btul2 suara jantan yg jrg2 dngr untk genz skrg.. “

” Stay on top,be humble &&& buckle up hussain!! you can do thissss, buat performance ikhlas slalu inshallah!!! rezeki tak salah alamat!! all the love from SG.. “

” Sedapnya suara hussain.. Fly high Hussain, Good luck.. Suara show even VVIP,show istana the voice have a branding.. BUCKLE UP!!! FLY HIGH HUSSAIN. Sedap & menjiwa.. “

” Fuhhhh “lelaki sebenar”suara padu Hussein ini betulll2 JUARA.. Mmg merduuuuu laaaa … mmg Hussain not like others .. suara yg ada jiwa.. Hussain ni less is more.. “

” Aura Tsusain.. dulu tsumawi.. alhamdulillah tahniah Hussain sedapnya suara Hussain lelaki ini jaga kesihatan Hussain all the best.. “
” Suara yg ada jiwa.. Ni baru pentasnya…GO GO GO.. hussainjamilul BUCKLE UP!!! FLY HIGH..

” Ya Allah aku cairrr.. Tengok big stage sbb Hussaian.. on top semoga ke final dan juara. Aamiin.. “

Hussain berada di pentas yang betul dan pastinya bakat yang Hussain ada akan ditonjolkan dengan lebih banyak selepas ini. Tahniah Hussain berjaya berada di Top 4 untuk minggu pertama Big Stage. Semoga Hussain akan terus konsisten dan beroleh kejayaan selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Sooka Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Pocket Wifi

Trending

Copyright © Berita Kopak