Connect with us

Artis / Selebriti

” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar bekas isteri Datuk Red, Sharifah Norshafila selamat bergelar isteri raih perhatian ramai. Wah cantik betul Kak Pila, berseri-seri sungguh. Handsome suami Kak Pila, sama cantik dan sama padan..

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Atiesuggeh_mua dan Sharifahnorshafila, telah dikongsikan satu video dan gambar yang memaparkan mantan isteri kepada Datuk Red disiapkan untuk majlis akad nikahnya. Sharifah Shafila dahulunya dikenali sebagai Datin Red dan kini selesa dengan panggilan Kak Pila.

Penampilan Kak Pila dalam busana pengantin berwarna serba putih itu meraih pujian daripada warganet. Tidak begitu dimamah usia, sentuhan tangan oleh jurusolek ini benar-benar menaikkan seri pengantin Kak Pila. Jarang melihat Kak Pila bersolek tebal sebegini.

Menerusi Instagram Story Kak Pila pula, sekeping gambar bersama suami barunya itu telah pun dikongsikan. Hanya sepatah ungkapan yang ditulis oleh Kak Pila di ruangan kapsyennya iaitu Alhamdulillah. Kak Pila memilih seorang lelaki yang dipanggil sebagai Din untuk menjadi peneman hidupnya.

Bagi yang mengikuti perkembangan Kak Pila, sebelum ini juga Datuk Red ada menyebut bahawa Kak Pila akan menikahi Din. Akhirnya Kak Pila menemui kebahagiaan yang dicarinya dan ramai di kalangan warganet mendoakan agar perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Congrats ya aunty pila for this marriage with uncle din . semoga jodoh berpanjangan, kekal hingga ke jannah aminn.. “

” Wahhh kamu kawin dulu mndahului tok red. hihihi.tahniahh selamat pengantin baru.moga berkekalan jodoh hingga ke syurga aamiin.. “

” Lawa nya sis, macam anak dara lah lawanya tu.. berseri-seri naik seri pengantinnya.. Tahniah kak pah, selamat pengantin baru.. semoga bahagia hingga ke syurga.. Aamin.. “

” Pilaaaaa, happy for you.. Selamat pengantin baru, lawa sangat ni.. semoga bahagia milik pila sekeluarga, aamiin.. “

” Cantiknya kak Pila, cantik sangat sangat.. happy tengok kak pila jumpa jodoh yang sayang kak pila.. semoga perkahwinan kali ni hingga ke syurga kak.. “

” Alhamdulillah, cantik sangat sangat.. make up dan baju, semua lawa lah. tahniah kak pah, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.. “

” Masya Allah cantiknya Kak Pila, tergugat anak dara ni. Glowing naik seri pengantin betul ni. Hampir tak cam tadi sebab lawa sangat.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. “

Antara gambar yang dikongsikan oleh Kak Pila di Insta Story miliknya. Segak juga suami Kak Pila, sepadan dan bagai pinang dibelah dua :

 

Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan Kak Pila untuk kembali bergelar isteri. Semoga ikatan yang terjalin ini sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat dan gembira selalu bersama suami tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Atiesuggeh_mua, IG Sharifahnorshafila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak