Connect with us

Artis / Selebriti

” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

Video Amira Othman tersasul ketika sedang berniaga secara live buat ramai terhibur. Malu-malu muka Amira bila tersalah cakap. Muka pun boleh lah Amira. Fattah pun gelak, haha..

Meninjau di akaun TikTok milik monalizajantan, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi siaran langsung Fattah Amin bersama isterinya, Amira Othman. Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan ini sedang mempromosikan produk keluaran mereka iaitu telekung.

Menerusi video berkenaan, Amira dilihat menerangkan mengenai pilihan warna telekung yang diperkenalkan kepada pelanggan. Pada awalnya, Amira memberitahu bahawa telekung yang dipegangnya berwarna khaki sebelum membaca komen daripada warganet yang bertanyakan mengenai warna telekung tersebut.

Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah apabila Amira secara tidak sengaja tersasul ketika menyebut nama warna telekung yang berada dibelakangnya. Gara-gara terlalu fokus membaca komen, Amira menyebut perkataan ‘muka’ sehingga membuatkan situasi ketika siaran langsung itu bertukar menjadi lucu.

Menyedari kesilapannya, Amira kelihatan sedikit terkejut dan ketawa malu sebelum terus menyambung percakapannya. Fattah yang berada di sebelahnya pula tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar Amira tersasul menyebut perkataan tersebut.

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video tersebut dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ulang ulang aku tgok weii hahahahah. lawakk laaaa amiraaa ni.. HahaHahaha.. Kalu aku.. Guling doh tu.. Hebat mira ketawa sopan nk mampuih.. Aku dokleh la selokkk.. “

” Amira dah abis pantang ek.. makin berseri pulak tgk.. Aku ni nak kena bersalin lagi ke cmna klu nk bagi muka berseri balik..  Hahaha.. “

” Tak sangka plk mira nk ckp muka.. Dia ckp kaki tu dh faham dh kaler khaki, hahaha adula mira.. “

” Muka, hahahaha Mira, pertama kali weh tengok mira kelakar macam ni. Aku pun mengekek gelak bila Mira cakap mcm tu.. “

” Hahahaha kita tak jual anggota badan.. Fattah pun kuat menyakat weh, haha. Ni memang lawak betul lah.. “

” Camni pon aku ulang2 tgk.. Bahagia lha tengok pasangan ni.. Moga terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. “

” Betullah kata2 org yg tgk Fattah ni….Mmg handsome kena dgn attitude dia.. Macam tu juga Amira, cantikkk.. “

Gelagat spontan pasangan ini ternyata menghiburkan warganet yang menonton siaran langsung berkenaan. Momen seperti itu juga memperlihatkan sisi santai dan bersahaja Fattah serta Amira ketika bersama dan membuatkan perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

Tonton video di bawah ini :

@monalizajantan

Kak Long memang omey.. Berulangkali tgk video nie.. Sakit perut menahan gelak🤣🤣 #amiraothman #fattahamin #fyp

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

Silakan SHARE..

Sumber :TikTok monalizajantan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elformula

Trending

Copyright © Berita Kopak