Connect with us

Artis / Selebriti

” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen

Perkongsian video terbaru Fattah Amin meluangkan masa bersama anaknya, Nur Fatima Aisya buat peminat tersentuh. Sebaknya baca kapsyen yang Fattah tulis untuk Fatima tu..

Bagi seorang anak perempuan, ayah adalah cinta pertamanya. Namun tidak semua anak perempuan rapat dengan ayah. Bagi yang berpeluang dimanjakan dan rapat dengan ayah, itu adalah satu nikmat dan rezeki yang harus disyukuri.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah  meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya. Sekali pun Fattah dan Fazura tidak lagi bergelar suami isteri, namun kasih sayang dan perhatian untuk Fatima tetap menjadi keutamaan mereka.

Dalam seminggu, Fattah ada hari pelepasan untuk bersama Fatima. Setiap kali Fattah bertemu Fatima, pasti ada sahaja aktiviti yang akan Fattah lakukan bersama puteri kesayangannya itu. Kali ini, Fattah dan Fatima duduk santai di tepi kolam sambil berbual.

Fattah turut mencoretkan satu coretan pendek di ruangan kapsyen yang menyentuh hati warganet. Sebesar mana pun Fatima dan bagaimana kehidupannya pada masa akan datang, dalam susah mahu pun senang, Fattah akan selalu ada untuk Fatima. Kasihnya seorang ayah terhadap cinta hatinya itu.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” ” One day “aku nikahkan akan dikau nurfatimah aisyah” arghh sedihnya membayangkan detik tu.. sampai pin and needle rasa.. Fatima forever princess daddy.. “

” Anak saya dah 21 thn pun jln berpimpin tgn ngan ayah dia.. Forever daddy daughter, semoga membesar dengan baik Fatima.. “

” Anak perempuan yg cukup kasih sayang seorang ayah.. sampaii akhir hayat ayahnya..ayah nya adalah lelaki pertama dan terakhir yang takkan penah menyakiti.. “

” Mcmmana sekali pn tetap anak dia …manja dgn daddy dia…anak daddy kn…..anak pompuan biasanye manja dgn ayah mcm anak sya juga. Fatima forever princess daddy.. “

” Jagalah Amira,Fatima & Jarir elok² ya fattah..moga Allah kurniakan kebaikan atas kebaikan yg kamu lakukan.. saham akhirat bagi seorg ibu dan ayah adalah anak2 mereka.. “

” Spend time selagi ade kelapangan moment masa kecil berbeza bila meningkat usia. Fattah mmg bapa penyayang x biarkan fatima terasa ketiadaan sosok seorang bapa disisi.. “

” Ma Sha Allah beruntung Fatima ada daddy Dan mommy juga mommy Mira yang Sayang Fatima,Tau tak,dalam kehidupan orang lain ada Yang tidak dapat kasih Sayang Dari seorang Ayah.. “

” Precious time together, moments like this Fattah n Fatimah will always remember.. Nur Fatima Aisya. Forever daddy princess  Bagi seorang anak perempuan, ayah ialah cinta pertama yang tidak akan pernah ada penggantinya.. “

Itu lah kasih dan sayangnya seorang ayah terhadap anak perempuannya. Kasih yang tidak akan ada pengakhirannya. Semoga Fatima dan Fattah sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kehidupan yang tenang dan aman selalu. Daddy pastinya akan selalu ada bersama Fatima.

Jom tonton video di bawah :

@fattahamin

No matter how tall you grow or where life takes you, Daddy will always stay by your side Fatima. 💙

♬ เสียงต้นฉบับ – There’s always tomorrow – have a nice day

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fattah Amin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

EElhoe Retinol

Trending

Copyright © Berita Kopak