Artis / Selebriti
” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Datin Lisa Surihani membantu pakaikan Datuk Yusry Abdul Halim ear monitor di atas pentas raih perhatian ramai. Alahai sweet sungguh Lisa ni. Part Yusry paut bahu Lisa tu pun melting tengok..
LAUNCHPAD merupakan satu platform persembahan langsung yang dilancarkan secara rasminya pada 3 Ogos 2026 di Pusat Seni Persembahan PJ, Kuala Lumpur. Platform ini diwujudkan hasil kerjasama antara Fast Track Entertainment dan Sony Music Malaysia.
Beberapa orang artis ternama menyertai pelancaran platform ini antaranya Datuk Yusry Abdul Halim. Ahli kumpulan KRU ini menyampaikan beberapa lagu seperti Dekat Padamu, Jiwa Dan Raga dan Narsisistik. Datuk Yusry turut ditemani isteri tercinta, Datin Lisa Surihani.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nannies Concert, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat pasangan ini di atas pentas. Datin Lisa yang setia di tepi pentas pantas berlari dan membantu suaminya itu mengenakan ear monitor.

Datuk Yusry pula spontan memaut bahu Datin Lisa dan ianya membuatkan ramai yang blushing dan kagum dengan kasih sayang mereka. Cinta Datuk Yusry terhadap Datin Lisa sememangnya tulus begitu juga sebaliknya. Datin Lisa sentiasa ada untuk memastikan Datuk Yusry kekal selesa di atas pentas. Beruntungnya Datuk Yusry kerana memiliki isteri yang prihatin seperti ini.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Suka tgk tgn Yusri..sempat sentuh isteri ye..sebagai isteri rasa terharu.. nampak sangat betul2 syg lisa.. ”
” Aku ulang 10x tgk lisa lari mcm kena tolak angin..kaki mendahului.. sk tgk suami yg ble isteri dkat msti nk sntuh..sweet nye.. “
” Touch TU sgt di hargai oleh semua wanita. simple but sgt touch ya..Np lama sangat video ni.. Dia mcm tak berhenti k.. ”
” Bukan sweet, Lisa mmg isteri yg baik.. aku ulang² sampai 10kali Wehh ! bia aku jeles tgk Lisa,comey dooh.. ”
” Laki aku ckp rindu kt aku pun aku dh geleman tpi aku suka je..laki aku pening kepala dia ckp rindu pun menggeletik badan.. ”
” Takleh scroll.. Jem kat sini… Comel la lisa ni.. keikhlasan.. kesweetan.. semoga berbahagia till Jannah.. Aamin.. ”
” Alahai. tolong jap sapa2 panggil aku balik. lama dh stuck ni. Sebab tu kena cari bini yg lebih muda..dia masih sihat dan mampu nk bantu suami..tiberrrrr….haha.tp betul ni.. ”

Betapa telitinya Datin Lisa menjaga Datuk Yusry demi memastikan Datuk Yusry selesa sepanjang persembahannya itu. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan ini mengagumkan dan membuatkan ramai yang tersenyum sendiri. Semoga Datuk Yusry dan Datin Lisa berbahagia selalu sampai ke jannah.
Tonton video di bawah :
@nannies.concert Sweet sweet atas stage lak 😍 Datuk Yusry & Datin Lisa -Unveil LaunchPad- #YusryAbdHalim #LaunchPad @yusryhalim @Shiha Zikir Empire @lisasurihani
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nannies.concert
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen

