Connect with us

Artis / Selebriti

” Kuat menyakat Hael ni pun. Mau tercabut jantung si Aisha tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Aisha Retno yang sangat terkejut ketika Hael Husaini menyergahnya dari sebalik tirai untuk mengucapkan selamat hari lahir buat ramai terhibur. Betul-betul terkejut Aisha, nasib baik tak pengsan. Lawak sungguh, haha..

Meninjau di akaun Instagram milik gebrielpadan, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah mencuit hati penyanyi terkenal, Hael Husaini, ketika menyakat rakan artisnya, Aisha Retno. Gelagat spontan mereka berjaya mencuri perhatian ramai dan menghiburkan para pengikut di media sosial.

Menerusi video tersebut, Hael pada awalnya dilihat bersembunyi di sebalik tirai berwarna hitam sambil menunggu kemunculan Aisha. Wajahnya yang bersungguh-sungguh merancang usikan itu membuatkan ramai tidak sabar untuk melihat reaksi Aisha sebaik sahaja tiba di lokasi.

Sebaik sahaja Aisha melangkah masuk, Hael terus menyergahnya sambil mengucapkan ‘Happy Birthday, Sha’. Aisha yang langsung tidak menyangka kehadiran Hael kelihatan benar-benar terkejut sehingga reaksinya yang spontan itu mengundang gelak tawa. Ramai yang menyifatkan telatah Aisha ketika itu sangat comel dan mencuit hati.

Selepas berjaya mengenakan Aisha, Hael terus beredar sambil ketawa, manakala Aisha pula kelihatan mencarinya sebelum mereka akhirnya bertemu semula dan ketawa bersama. Jelas kelihatan hubungan akrab antara kedua-dua penyanyi ini yang sering bergurau dan saling mengusik dalam suasana yang santai.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Hael yang suka menyakat Aisha. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Kuat menyakat Hael Husaini ni pun.. Mau tercabut jantung Aisha Retno, haha.. Happy birthday Aisha.. “

” Hahahahaha harey lah Hael, sekali aku pun terkejut tengok.. Muka hael pun sama2 terkejut tu tak boleh blaaa, haha.. “

” Sikit lagi nk kena libas dgn bunga tu. Siot lah Hael, haha.. Nsb baik Aisha pegang bunga je…. klo pegang tongkat sakti ke confirm bengkak benjol la dahi Hael tu.. “

” Nasib baik tak salah orang dia terkejutkan tu ahha.. Comel hahha aku tunggu la kot ttba termelatah terus di tam parnya org tu. Tp tidak ye.. “

” Kalo i pun i terkejut nampak putih jer.. (tang muka) baju n background dah la hitam. Patut pun Aisha terkejut sebab Hael macam Vampire tapi versi hensemmm, hehe.. “

” Sampai terkejut gitu Aisha . Hahahhaha.. Kalau tak kacau orang bukan Hael Husaini lah, haha tapi dia pun ikut terkejut sekali tu kelakar.. “

”  Hahahaha kelakar betul.. Muka terkejut pun cantik weh hahaha.. Nasib Aisha tak pengsan, haha.. Adoi nakal la Hael ni.. “

Perkongsian video tersebut pantas mendapat perhatian warganet yang terhibur melihat gelagat mereka. Malah ramai yang berseloroh mengatakan Hael sememangnya terkenal sebagai seorang yang gemar menyakat rakan-rakan artisnya.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG gebrielpadan_

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elformula

Trending

Copyright © Berita Kopak