Connect with us

Artis / Selebriti

” Penyambung legasi Hani Mohsin. Senyuman Mila tu, saling tak tumpah macam arwah ayahnya.. ” – Komen Netizen

Video Aisha Retno dan anak tunggal arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Mohsin berlatih untuk watak puteri dalam teater Puteri Gunung Ledang raih perhatian ramai. Alahai lembut sungguh gerak tari Mila. Wajah yang cantik dan saling tak tumpah seperti ayahnya.. 

Teater Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLTM) antara pentas teater yang masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Pelakon dan penerbitnya, Puan Sri Tiara Jacquelina telah pun memaklumkan secara rasmi bahawa teater ini akan ditayangkan dalam versi baru dengan wajah-wajah baru.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aisha Retno, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aisha bersama anak sulung arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Mohsinbyang mesra dipanggil Mila. Mila terpilih untuk memegang watak Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater tersohor ini yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Makluman mengenai pemegang watak Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah yang kedua ini mengakhiri teka teki peminat PGLTM setelah nama Aisha Retno diumumkan sebelum itu. Penglibatan Mila dalam teater ini semestinya menjadi tumpuan kerana Mila adalah peninggalan terakhir Hani Mohsin.

Mila yang membesar dalam ‘dunia’ Puteri Gunung Ledang ini diyakini oleh orang ramai mampu menggalas watak tersebut dengan baik sama seperti ibunya. Pepatah ada mengatakan, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Darah seni mengalir dalam badan Mila dan diwarisi daripada ibu bapanya. Memetik komen warganet, Mila memiliki aura dan wajah yang saling tak tumpah seperti Hani Mohsin.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada wargaent. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Senyuman Mila tu, saling tak tumpah macam arwah ayahnya Hani Mohsin. Her physique, aura, ‘pesona’ and skills are absolutely perfect for becoming PGL.. Congrats Mila dan Aisha.. all the best girls.. “

” Fuh mahal puteri ni. love teruk, tak sabar nak tengok mila dan aisha beraksi dalam PGL.. Siapalah si Tuah yang bertuah tu.. “

” Mila has worked her whole life to land a role of this magnitude. I and anyone who has seen her work ethic and talent can too. So proud of you sayang Mila.. “

” So proud of you madeofmila , you have worked so hard and trained to embody this role. You will be amazing as Puteri and I know you will honor the magnitude of this role and shine so bright. you deserve this role! LETS GOOOOOOO.. “

” Awhhh Milaaaa, Yasss. I’m actually so very happy for you madeofmila This legacy passed down only makes sense.. It’s your time love, take it! Own it! Enjoy the journey, the process and the magic.. Can’t wait to watch you.. “

” Selayaknyaaaaaa anak tiara dan hani mohsin.. Darah seni sejati. She is the perfect puteri gunung ledang.mila is indeed a good choice. Menyambung legasi ibunya sebagai gusti putri.. “

” Manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi… penyambung legasi Hani Mohsin dan Tiara. Begitulah mengalirnya darah sukma dari lubuk jiwa yang terlahir sudahnya lama tersemai segala rasa.. “

Ramai yang tidak sabar untuk menonton pementasan teater hebat ini terutamanya aksi Mila sebagai sang puteri. Penyambung legasi Hani Mohsin dan Tiara yang bakal memberikan impak yang besar kepada pementasan teater itu nanti. Good luck untuk Mila dan Aisha, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aisha Retno, IG Madeofmila   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak