Connect with us

Artis / Selebriti

” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya

Video Nur Fatima Aisya bercerita ternampak video daddynya, Fattah Amin di Tiktok raih perhatian ramai. Alahai, sweetnya cara Fatima bercerita. Detail sungguh, siap bagitahu Daddy pakai baju warna apa, hehe..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan satu video live terbaru Fattah Amin bersama puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya. Fattah seperti biasa akan menjual produk keluarannya di Tiktok dan kali ini, Fatima muncul lagi dalam live Fattah.

Ramai yang suka melihat keakraban Fatima bersama Fattah. Fatima sememangnya sangat manja dengan daddy kesayangannya ini. Perbualan mereka berdua dalam video ini juga menarik perhatian warganet. Fatima walaupun usianya baru 6 tahun, namun sangat bijak apabila berkata-kata.

Fatima memberitahu Fattah, ada aplikasi Tiktok dalam handphonenya. Ketika Fatima melayari Tiktok, Fatima ternampak video Fattah dan mengatakan Fattah sedang bekerja. Gaya percakapan Fatima saling tak tumpah seperti gaya Fazura bercakap.

Memetik komen warganet, Fatima mewarisi wajah Fattah dan menggelarkan Fatima sebagai Fattah 2.0. Fatima adalah cerminan mummy dan daddynya. Fatima kini semakin besar, semakin bijak dan matang. Tumpang seronok warganet melihat live anak dan ayah ini.

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Muka mcm daddy, cara ckp mcm mummy…. so comel. makin besar nampak sgt rupa daddy dia.. Teringat jebat. Cara ckp macam sharnaz.. “

” Begini pun buat aku bejurai air mata, sedih sgt ke hidup aku ni.. muka fattah sebijik le fatima ni. She is such a daddy’s girl.. ” 

” Bijak dan comelnya fatima.. she’s a smart girl .. Fattah amin kuasa 2.. dengar fatima bercakap mcm dengar fazura ckp.. sama btl.. ” 

” Comeynya fatima..  muka daddy ehhh. Versi perempuann fattah amin.. baik Fatima nii…pandai brcakap dgn sopan.. ” 

” Gaya mulut tu kan.. tenang je daddy layan Fatima. bertuahnya dia, mummy, aunty Mira pun jenis soft dan manja2.. ” 

” Eee…comel nye Fatima teman daddy dia bt live yea.. betapa flawless skin fattah sampai blh buat paper drawing. xda lekuk xda lubang smooth je drawing fatimah.. ” 

”  Muka daddy dia dah Jadi kertas lukisan.. pandai lukis nanti ni Fatima NI..hihihi berkarya sungguh.. daddy pun sporting je.. ”  

Fatima sungguh petah dan bijak bercakap. Kata-katanya juga sopan dan penuh dengan tertib hasil ajaran serta asuhan Fattah dan Fazura. Semoga Fatima menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapanya, berjaya dunia dan akhirat serta berbahagia selalu.

Tonton video di bawah :

@imani_imtiyaz

Fatima anak cerdik pandai 🩷🩷 #fattahamin

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

@sfz6876

pandaiii fatima lukis…soooo cuteee🥰😍🫶🩷🩵 #daddy #fatima #omeyyy #temandaddywork #kredit live fattahamin

♬ Cute background music for kids(951274) – dama

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok sfz6876

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Earbuds

Trending

Copyright © Berita Kopak