Artis / Selebriti
” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
Video pendapat Datuk Syafinaz apabila ditanya tentang progres Hussain setelah selesai konsert suku akhir Big Stage curi perhatian warganet. Ini pandangan Tok Naz selaku guru muzik profesional, harap Hussain boleh terima..
Datuk Syafinaz atau mesra dipanggil Tok Naz hadir sebagai juri jemputan pada minggu suku akhir Big Stage Rocketfuel semalam. Antara kejadian menarik di pentas Big Stage semalam apabila Tok Naz naik ke pentas dan mengajar Hussain tentang teknik pernafasan. Tindakan itu dipuji oleh orang ramai kerana Tok Naz sudi mencurahkan ilmu yang mahal untuk pendatang baru seperti Hussain.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tok Naz mengulas progres peserta Big Stage selepas konsert semalam. Tok Naz menyifatkan Hussain bertuah kerana mempunyai peminat yang ramai.
Malah populariti Hussain semakin memuncak naik, namun ada keburukannya. Kata Tok Naz lagi adakalanya populariti membuatkan seseorang lupa untuk bekerja keras. Tok Naz pernah menjadi juri di Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) sebelum ini dan beranggapan, Hussain sepatutnya lebih banyak kemajuan di pentas Big Stage.

Hussain ada suara dan pakej yang lengkap, cuma Hussain belum menunjukkan progress yang sepatutnya berbanding peserta-peserta lain yang mula menunjukkan taring mereka. Tok Naz juga menegaskan isunya bukan suara Hussain tidak bagus tetapi progress Hussain masih belum all out.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Hussain penat 10 minggu di ttmm lps tu sambung big stage 8 minggu x cukup rehat kesian Hussain insyaallah Hussain akan memperbaiki lg mutu suara n persembahan Hussain….kita semua doa kan kesihatan Hussain ok.. “
” Hussain ni ibarat Mawi dulu , ada aura tersendiri , dah sebati dlm diri tu , jadi susah dia nak absorb apa yg tenaga pengajar tegur, apa yg Tok Naz ckap betul , klau nak menang Hussain kena improve dan ambik teguran..vocal dah padu , insha’Allah Hussain boleh.. “
” Yess Hussain perlu kerjaa lebih keras…Sebab dia ada big potential..Kena more kreatif ..We believe in you.. “
” Alaa Tok naz pun Hussain tu br 2 bln kat ttmm Dr Zero x mcm ranisha or adm nazmi byk pengalaman TP btl la apa yg Tok naz ckp dia nk progress Dr hussain apa2 pun x psl2 aq da jd peminat hussain la plk.. “
” Saya pun agree ape tok Naz ckp.. Hussain shud redeem balik Sbb TTMM patut dia menang but hussain mcm tak ambik this opportunity laa.. come on hussain it’s time .. I know you can do better in semi finals.. “
” Bagi pendapat saya Hussain perlukan guru vokal yg lebih specific utk fokus bahagian dinamik,projection Dan teknik pengawalan suara.Dia dh ada pakej namun jika Hussain lebih serius utk perbaiki vokal Dan pernafasan . InsyaAllah will on the Top.. “
” Maybe mcm perserta lain nmpk la peningkatan tu but hussain mcm dri mnngu pertama cara nyanyian dia sama je kot smpai skrg mcm xda yg wow sgt mungkin toknaz nk dia keluarkan everything and cuba bnde bru.. “

Kritikan daripada Tok Naz ini boleh dijadikan satu cabaran untuk Hussain agar dapat menunjukkan faktor ‘wow’ pada pusingan semi final dan final nanti sekiranya Hussain terpilih. Semoga Hussain tunjukkan progress dan kehebatan sebenarnya sebagai satu penghargaan kepada semua peminat Hussain.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi

