Connect with us

Artis / Selebriti

” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Bell Ngasri, Anne Ngasri dan Baby temubual dalam satu podcast buat warganet terhibur. Adui Bell, boleh pulak suruh Baby menyanyi lagu ‘air bateri’. Kelakar sungguh, haha..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Habibah Jaafar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bell Ngasri bersama adik-adiknya, Anne Ngasri dan Baby. 3 beradik ini dalam satu rakaman satu podcast untuk sebuah drama yang akan disiarkan nanti. Menerusi podcast ini, Bell memberitahu Baby ini kehebatannya adalah menyanyi.

Baby suka menyanyi dan banyak video nyanyian Baby yang pernah tular sebelum ini. Ketika Baby mendengar Bell menyebut menyanyi, Baby secara spontan terus menyanyi. Beberapa buah lagu dinyanyikan oleh Baby, antaranya Bintang dan Lemak Manis. Bell meminta Baby untuk mendendangkan lagu ‘air bateri’.

Memetik komen warganet, ramai yang ketawa besar mendengar lagu air bateri nyanyian Baby itu. Ramai yang pada awalnya tidak dapat menangkap apakah lagu air bateri yang dimaksudkan oleh Bell itu. Apabila Baby menyanyi, baru lah semua tahu air bateri itu adalah Aidilfitri.

Baby sememangnya seorang yang lawak. Walaupun tidak seperti orang lain, namun Baby adalah penghibur kepada seluruh keluarga. Warganet juga mengatakan, hanya Norreen Iman yang pandai menangkap lagu-lagu yang Baby nyanyikan.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Masalah nya yg interview pun kakak diA sendiri. eh silap, adik dia haha.. adui bell, lagu air bateri dia bagi haha.. “

” Aku igt betullah podcast mana haha, sekali kakak dia.. org lain yg sebaya dah tua².. korg x tua² lagi.. “

” Request lagu air bateri tu aku tak tahan dengar. Aku ni duk pkr lagu ape air bateri.. selamat menyambut airbateri haha.. “

” hahaha host pun tak mampu nk teruskan. agaknya awet muda semua Sbb selalu ketawa ya.. terima kasih baby hiburkan kami.. “

” Noreen je boleh layan baby punya lagu haha.. aku nih, dah dekat 5 kali dok ulang tgk. tetap gelak. haha.. lawak lah baby, bell pulak penambah perisa haha.. “

” Lagu ikut pada pendengar tu… Bell tk lawak tk sah haha.. Ya Allah berdosa ke x aku gelak x benti. Maaf2 kelakar sgt tang air bateri tu.. Ampunnn.. “

” 2 3 kali duk ulang tergelak sorang sorang.. lagu air bateri, oh aidilfitri.. jadi air bateri.. mcm bahasa selatan Sudan ni.. “

Lirik lagu Baby semuanya mengikut sesedap mulutnya menyanyi. Walaupun liriknya tidak betul, namun melodi lagunya itu tetap on point. Lagu air bateri paling kelakar untuk didengar. Semoga Baby sihat selalu dan diberikan kesihatan yang baik.

Tonton video di bawah :

@habibah.jaafar7

epepepepepepepepeepepepepepepepepeepepepepepepepepeepepepepepepepepe🤲🤲🤲🤲👍🤝🙏👰👰‍♂️👰‍♀️👰‍♀️👰‍♀️

♬ original sound – Habibah Jaafar – Habibah Jaafar

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok habibah.jaafar7

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tumbler

Trending

Copyright © Berita Kopak