Artis / Selebriti
” Norreen dengan Razi tu cerai ke ? Kenapa cakap dengan Baby macam tu.. ” – Baby Ngasri
Video reaksi dan respon Norreen Iman apabila ditanya oleh sepupunya, Baby Ngasri mengenai penceraiannya buat warganet tersentuh. Allahu, pertanyaan yang mengusik jiwa lah Baby. Sebaknya tengok muka sedih Baby tu..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Norreen Iman, pastinya mengetahui betapa akrabnya hubungan Norreen dengan sepupunya, Nassuhada Ngasri atau lebih mesra dengan panggilan Baby. Banyak video Norreen bersama Baby dikongsikan di akaun media sosial milik Norreen.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Norreen.iman.1_202, telah dikongsikan satu video terbaru Norreen bersama Baby. Kelihatan Baby memeluk Norreen dan bertanyakan satu soalan yang agak peribadi kepada Norreen. Soalan oleh Baby ini menyentuh hati Norreen.
Tulis Norreen di kapsyennya, soalan Baby ini masuk ke dalam hati. Baby memberitahu dia ada melihat di dalam Instagram dan terbaca cerita mengenai Norreen dan mantan suaminya, Razi. Norreen sendiri tidak menyangka Baby akan bertanyakan soalan seperti itu.

Ibu Norreen yang berada di situ juga memberitahu ada satu kejadian yang mana Baby menjerit-jerit memanggil-manggil nama Norreen. Baby menangis kerana teringatkan Norreen pada ketika itu. Baby ingin mengetahui jawapannya daripada Norreen sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@norreen.iman.l_202 soalan baby ni ,masuk betul dalam hati 😭 #fyp #norreeniman
♬ original sound – Norreen iman l_2026 – Norreen iman l_2026
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Allah, sayu hati akak tengok baby.. “
Walaupun Baby tidak seperti orang lain, namun Baby sangat prihatin dengan apa yang terjadi dalam hidup sepupunya ini. Kasih sayang Baby terhadap Norreen ikhlas dan seperti adik beradik sendiri. Kerisauan Baby terhadap Norreen dengan caranya yang tersendiri.

Beruntung Norreen kerana memiliki ahli keluarga yang sayang akan dirinya seperti ini. Semoga Norreen akan terus kuat mengharungi segala dugaan dalam hidupnya. Selamanya Baby ada untuk Norreen dan Norreen ada untuk Baby. Terus happy dan ceria selalu Norreen dan Baby.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norreen.iman_202
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen

