Connect with us

Artis / Selebriti

” Isteri saya selamat melahirkan anak kami.. ” – Ungku Ismail Aziz

Ungku Ismail kongsi berita gembiranya isterinya, Nad Zainal selamat melahirkan seorang lagi cahayamata mereka. Wah Alhamdulillah, abang Puteh dah dapat adik..

Menerusi perkongsian terbaru pelakon Ungku Ismail Aziz di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu berita gembira untuk semua peminat Nad Zainal. Ungku Ismail memaklumkan bahawa isterinya itu telah pun selamat melahirkan cahayamata baru mereka.

Ini merupakan cahayamata keempat Nad dan anak kedua untuk perkahwinan bersama Ungku Ismail. Bayi ini dilahirkan pada jam 9.41 pagi dan keadaan Nad dan anak mereka adalah sihat-sihat sahaja. Ungku Ismail turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelancaran untuk proses bersalin isterinya itu.

Untuk info, menerusi perkahwinan pertama Nad bersama Muhamad Faliq Amirudin, Nad dikurniakan Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. Bahtera perkahwinan kedua bersama Ungku Ismail pula dikurniakan seorang cahayamata lelaki diberi nama Ungku Indera Puteh Al Maajid yang kini telah pun berusia 3 tahun.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang makluman mengenai nama bayi terbaru Ungku Ismail dan Nad ini. Namun apa yang pastinya, pasti si kecil ini secomel Puteh. Kehadiran orang baru yang pastinya akan menambahkan lagi seri dalam perkahwinan pasangan ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Another ungku. Alhamdulillah , tahniah Ungku Ismail dan Nad. Baarakallahu laka fil mauhuubi laka, wa syakartal waahiba, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.. “

” Alhamdulillah tahniah sweet couple. bestnya dapat baby boy lagi, confirm comel macam Puteh ni.. “

” Alhamdulillah syukur kedua duanya selamay.. Tahniah Ungku Ismail Aziz dan Nad Zainal. bertambah meriah lah rumah ada hero lagi.. “

” Alhamdulillah tahniah bang.. syukur atas kurniaan Allah.. selamat berpantang Nanad.. Puteh dan Abang Yem ada geng baru hehe.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah Nad Zainal dan Ungku Ismail.. Nampaknya geng Ungku Ismail lagi kali ni hehe.. apa-apa pun, semoga ibu dan anak sihat sihat selalu.. “

” Alhamdulillah syukur, tahniah ungku ismail dan Nad… Wah tarikh cantik ni.. 1 Julai…senang ingat tarikh lahir.. “

” Alhamdulillah…semoga ibu dan anak sihat2 selalu,selamat berpantang Nad.. Rabbi habli minassolihin .. “

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan Nad dalam melahirkan zuriatnya ini. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Nad dan Ungku Ismail atas kurniaan ini. Semoga Nad cepat sembuh dan baby membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ungku Ismail Aziz, IG Nad Zainal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak