Artis / Selebriti
” Kak Nad, bila nak reveal nama adik Yem dan Som.. ” – Netizen
Video Terbaru Nad Zainal Bersama Ungku Ismail Dan Anak Bongsu Mereka Raih Perhatian Warganet. Akhirnya Nad Umum Juga Nama Anak. Comelnya Baby, Putih Melepak Dan Bambam Sungguh. Nama Pun Simple Dan Unik Macam Abang Dan Kakak Dia Juga !!
Sebelum ini pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumahtangga pada 23 Januari tahun lalu. Nad bagaimanapun mengumumkan perkara itu selepas seminggu berkahwin kepada para peminatnya.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun begitu, Nad dan Ungku tidak berkongsi wajah serta nama anak mereka kepada umum. Terbaru, Nad memuatnaik satu video keluar berbuka puasa bersama Ungku.
Perkongsian video oleh Nad itu telah mencuri perhatian warganet gara-gara terlihat kecomelan anak bongsu Nad tersebut. Rasanya anak Nad sudah pun berusia 5 bulan sekarang dan baby Nad kelihatan semakin bambam serta berkulit putih gebu.
Ada yang bertanya kepada Nad, bilakah Nad bakal mengumumkan nama anaknya kepada umum. Menerusi satu komen, Nad memberikan respon dengan mengatakan nama anak kecilnya adalah Puteh. Sehingga kini, video Nad bersama Puteh menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan meluahkan rasa geram melihat kecomelan anak Nad. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” 5 kali ulang tengok.. baby cute sgt… Semangat betul badan tu. Sweet tengok pasangan bahagia ni, semoga terus bahagia hingga ke syurga.. “
” Ya Allah baby tembam comel je.. Gebu betul kulitnya.. Sihat sangat.. Itu kalau dukung tu mau kebas lengan seminggu haha.. “
” Babyyy comel.. Mcm parents dia.. Subhanallah mesti tinggi macam abah dia.. Moga jadi anak yang soleh ya sayang.. “
” Gebu nya yg dlm stroller tu. Geram tgk kaki berketak2 itu.. Minat tul 2 orang ni dari dulu lg tak sangka berjodoh juga akhrinya mereka.. “
” Ahamdulillah semoga dimurahkan rezeki bahagia dunia Akhirat.. suka sgt tgk korang.. Anak tu napa comel sangat.. Geramnya tengok.. “
” Mak oiiii katang nye yg dlm strolle tu.. Gerammyaaaaa tengok paha dia..Dengan putih melepak.. Nk gomoi2 paha tu, hahaa.. “
” Nanadddd hat dalam stroller tu gewamnya.. Cantiknya Naddd.. Ank dobobnya.. Alhamdulillah.. Nad berada di tgn lelaki yg tepat.. Sama cntik sama padan.. “
Respon Nad di komen seorang netizen :
Alahai patutlah ramai yang geram melihat Puteh, memang comel sangat Puteh, nampak tinggi seperti abahnya. Apa-apa pun, semoga Puteh terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya. Untuk sekadar info, selain Puteh, Nad mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Fahad Ibrahim serta Budi Kalsom.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nad.zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak mana yang nak bapaknya sentiasa dikecam, dibuli dan diherdik.. ” – Ahmad Firdaos Raissuddin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita