Artis / Selebriti
” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Sheila Rusly kena sound dengan menantunya, Beatrice Chitra buat warganet terhibur. Amboi Trice, macam tu je dia sound mak mertua dia. Serius lawak muka terkejut Sheila tu, haha..
Telatah Sheila Rusly bersama menantu keduanya, Beatrice Chitra seringkali mencuit hati warganet. Walaupun posting mereka berdua hanya lah sekadar content dan lakonan semata-mata, namun ianya cukup menggeletek hati warganet yang menonton video perkongsian mertua dan menantu ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Beatrice Chitra dan Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video terbaru Sheila dan Beatrice. Pada awal video, Beatrice yang sedang berbaring di lantai bertanyakan kepada Sheila adakah masakan gulainya lebih sedap daripada masakan Sheila.
Selepas itu, satu demi satu step memasak ditunjukkan ketika Beatrice sedang memasak. Sheila pula sesekali menjengah ke dapur dan memasukkan bahan masakan yang Beatrice tidak masukkan dalam masakannya itu, antaranya daun kunyit dan asam keping.

Telatah Beatrice dan Sheila berbalas mulut juga mencuit hati. Ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh Sheila dan Beatrice menghidupkan lakonan mereka. Part Beatrice ‘sound ‘ Sheila yang cuba mencuri-curi makan di hujung video membuatkan warganet terhibur.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
“ Kajian mengatakan hanya Beatrice yang berani menggaru betis depan mertua dia.. Hahaha sy tergelak sorang²tengok gelagat mertua dgn menantu ni. Banyak kali sy ulang2 tengok. Lucu dan bahagia.. “
” Kaki tu aku pun sakit memandang hhaha.. Cenggitu je you “Heyhhh” kan MIL you Trice! You je satu-satunya orang yang paling berani “Heyhhh” kan dia tau.. “
” Hihihi….. I rasa… I rasa… I rasa I mmg suka u berdua ni… Gaduh manja gituw.. Gitu je dia bagi..sampai sekarang kalau masak gulai teringat2 sis sheilarusly_jspictures masa dtg rumah.. “
” Wahahahahaaha aku laaa 2 orgg ni… love hate relationship btol. Hanya isteri mikha yg berani dgn sis Sheila.. “
” Hahaha ada yang lagi garang boleh lawan sheilarusly_jspictures.. Kalau jd menantu sheilarusly_jspictures mmg auto pandai masak eh.. “
” Mak mertua dia jeling her kaki atas ottoman tu. Lepas tu kena usha masak gulai macam mana. Lepas tu mak dia dah habis usha dia nak rasa pulak.. hahahah terkekek mil and dil ni.. “
” Hahahahaha awasssa ya kau chitra.. Kelakar betul ini mertua and menantu. Never failed to make me LOL. Thank you sheilarusly_jspictures and beatricechitra.. “

Kelakar sungguh melihat telatah Sheila dan menantu nakalnya ini. Hanya Beatrice yang berani ‘marahkan’ Sheila. Baik mak mertua mahu pun menantu, kedua-duanya sama masuk air dan sekepala. Semoga lebih banyak perkongsian lain lagi selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Beatricechitra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

