Artis / Selebriti
” Berdekah aku dengar lirik Cik Lan nyanyi. Cik B pun tahan gelak juga tu, haha.. ” –
Video Cik Lan menyanyi lagu untuk Dato’ Seri Vida ketika live bersama Cik B buat ramai terhibur. Adui, lirik macam sedih, tapi bila dengar Cik Lan menyanyi jadi kelakar pulak. Tahan gelak Cik B dengar calon ayah tiri tak jadi dia nyanyi, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik fans.club835, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sedutan sesi siaran langsung anak usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B bersama pengacara dan usahawan, Roslan Shah. Menerusi video tersebut, Cik B dan Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan dilihat menyanyikan lagu berjudul Cinta 3 Segi secara santai.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Cik Lan mengubah lirik lagu tersebut dengan menyelitkan kisah cintanya yang dikatakan tidak kesampaian bersama Dato’ Seri Vida. Nyanyian spontan itu membuatkan suasana siaran langsung bertukar riuh dengan gelak tawa. Malah Cik B juga dilihat seolah-olah cuba menahan ketawa mendengar lirik yang dinyanyikan oleh Cik Lan.
Gelagat bersahaja Cik Lan itu menghiburkan para penonton yang mengikuti siaran langsung berkenaan. Dengan gaya berseloroh dan ekspresi yang bersahaja, ramai beranggapan Cik Lan sememangnya pandai menceriakan suasana. Reaksi Cik B yang tersenyum sambil menahan ketawa pula membuatkan video tersebut menjadi semakin menghiburkan untuk ditonton.

Perkongsian video itu turut mendapat perhatian ramai warganet di ruangan komen. Ada yang pada awalnya mengakui berasa simpati dengan kisah yang dibawakan oleh Cik Lan, namun akhirnya tidak dapat menahan ketawa melihat cara beliau menyampaikan lirik lagu tersebut. Tidak kurang juga yang memuji hubungan akrab antara Cik B dan Cik Lan yang dilihat begitu selesa bergurau antara satu sama lain.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video tersebut dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah aku dengar lirik Cik Lan nyanyi. Cik B pun tahan gelak juga tu, haha.. Gelak dengar cerita cinta wargamas ni.jangan sedih Cik Lan . Banyak kerja kebajikan dapat dibuat jaga ayah tiri Cik Lan.. “
” Sedih ler tu.. Patah hati Cik Lan.. Dlm bbyk dato vida bgi hint lbih sikit.. Cik lan gn fazley rupa dn pe lbih kt Fazley,, memeylh, haha.. “
” Hahaha. Itulh lain kali klo cinta dngn seseorng kena brsungguh2 ya, hahaha kan dah gigit jari dah Cik Lan oiii, hahaha.. “
” Hahahahahaah.. Tak tahu nak sedih ke nak gelak Cik Lan oii, hahaa.. Bertabah lah Cik Lan oi, its ok nanti ada lah tu jodoh Cik Lan.. “
” Hahaha Cik B tu pun tengah tahan gelak woii.. Nak simpati tapi dalam masa yg sama nk tergelak.. “
” Bukan main ber ekor lagu cik Lan.. Mula mcm sedih.. Lama2 gelak dah Cik Lan.. Bunga bkn sekuntum.. “

Sehingga kini, video tersebut terus menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang terhibur dengan telatah kedua-dua mereka. Ada yang menganggap gurauan seperti itu sekadar hiburan semata-mata dan berharap hubungan baik antara Cik Lan, Dato’ Seri Vida serta Cik B akan terus berkekalan.
Tonton video-video di bawah ini :
@fans.club835 ciklan jangan sedih sedih taw 😅 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #berandafypシ
@fans.club835 ciklan okay je lah UOLSSS #berandafypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fans.club835
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

