Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Kak Erma nyanyi, pertama kali dengar.. ” – Komen Netizen
Video Erma Fatima menyanyi lagu kumpulan Carefree, Rindu Bayangan raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Erma, tak sangka sedap macam ni. Suara emas, 1st time dengar..
Meninjau di akaun Instagram milik pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya menghiburkan keluarga dengan menyampaikan lagu Rindu Bayangan nyanyian asal kumpulan Carefree. Menerusi video tersebut, Erma kelihatan menyanyi dengan penuh penghayatan di kediamannya dalam suasana yang cukup tenang dan mesra.
Apa yang lebih mencuri perhatian, ibu kesayangannya, Mak Semah turut berada di sisi sambil menikmati nyanyian Erma. Turut kelihatan menerusi video tersebut ialah adiknya yang juga pelakon terkenal, Umie Aida. Kehadiran mereka bertiga nyata menambahkan lagi kemesraan dan kehangatan suasana keluarga itu.
Gelagat Erma yang menyanyi dengan penuh jiwa membuatkan ramai warganet kagum. Malah, ramai yang memuji kemerduan suaranya dan tidak menyangka Erma memiliki bakat nyanyian yang begitu baik. Ada juga yang tersentuh melihat hubungan akrab antara Erma, Mak Semah dan Umie Aida.

Perkongsian video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa detik-detik bersama insan tersayang sentiasa mendapat tempat di hati warganet. Sehingga kini, video nyanyian Erma telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara Kak Erma nyanyi, pertama kali dengar. Steady la kak Ema.. Duduk pun bleh nyanyi, ada org klu duduk dah punctured.. “
” Mengubah hantaran boleh, berlakon boleh, mengarah boleh, menyanyi pon boleh. Memang win Kak Erma.. “
” Muka sis Erma dh makin mirip ngan mak semah… Mmng prangai akan sebijik mak semah ni.. Sedap lah suara Erma.. “
” Terbaik semuanya.. Boleh talented alhamdulillah kurnian dari yg maha Esa.. Suara nye Mantap sedap di dengar sis Emma n Umi Aida.. “
” Sedapnya suara Erma.. Serba serbi boleh yer, pandai berlakon, menyanyi, semuanya boleh.. Kagum kita dengar.. “
” Seronok tengok family ni very closed dan always spend time bersama2.. Jgn stress mama jaga kesihatan sebab byk keluar penyakit cm2 asal majlis selesai dijalankan tersebut.. “
” Nyanyi yg dari lubuk yg paling dalam.. Sehat2 slalu Pn Hjh Erma semoga yg baik2 sahaja Allah limpahi buat Pn. Erma.. “

Perkongsian video ini telah pelbagai reaksi positif daripada para pengikutnya. Ada meluahkan rasa gembira melihat keluarga ini meluangkan masa bersama, selain menyifatkan momen sederhana seperti itu sebagai sesuatu yang sangat bernilai dan mengundang rasa rindu terhadap keluarga sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

