Artis / Selebriti
” Saya masih tidak rela dan mengizinkan anak saya.. ” – Erma Fatima
Video ucapan Erma Fatima ketika hari pertunangan anak perempuannya, Norain Sofea raih pujian ramai. Tak sangka Erma akan cakap macam tu untuk Ain dan bakal menantunya. Memang respect sangat..
Pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima antara figura yang dikagumi oleh orang ramai. Sekali pun Erma tidak dikurniakan zuriat sendiri, namun Erma memiliki beberapa orang anak yang dijaganya sejak kecil seperti anak sendiri dan diasuh dengan didikan agama yang penuh.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Umie Aida dan Erma Fatima, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan majlis pertunangan anak perempuan Erma bernama Norain Sofea. Ain memilih seorang jejaka bernama Haziq sebagai pasangannya.
Menerusi video perkongsian ini, Erma memulakan bicaranya dengan memberikan sedikit ucapan. Kata Erma, sehingga ke saat ini, Ain tidak pernah tidur di rumah orang lain kerana Erma tidak membenarkan. Sebagai seorang ibu, Erma mengambil tanggungjawab penuh menjaga maruah anak daranya ini.

Erma juga meminta Haziq dan Ain sentiasa menjaga batas sepanjang perhubungan mereka. Tambah Erma lagi, hari ini cuma ikatan pertunangan mengikut adat yang dilakukan dan ianya bukan lah tiket untuk mereka bebas keluar berdua-duaan selagi tidak disatukan sebagai suami isteri yang sah mengikut syarak.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Masya Allah respect Erma Fatima. This is what parents should do. Terima kasih Kak Erma kerana sedang menitip pesan kepada kami juga. beruntungnya Ain punya mama mcm ni.. Alhamdulillah.. “
” Kamu seorang ibu yg hebat kak erma. Tahniah!! Erma..kerana mempertahan Adat budaya Org islam…yg Seharus nya… Haziq beruntung nya kau kerana mendapat seorg yg begitu mahal harga nya. Perempuan yg mahal bukan terletak pd hantaran tetapi pada maruah nya yg terjaga.. “
” Terbaik kak emma, Ini la yg sepatutnya kita lakukan pda keluarga kita, jaga batas, hukum tetap hukum, halal dan haram.. bagus cara Erma fatimah didik anaknya.. “
” Aku rsa nak guna ucapan ni bg pihak keluarga..utk bakal2 pengantin. mgkn krn masa lalu..dia bersikap hati2 & jaga2 utk ank nye agar tdk melaluinya.. “
” Masha Allah …. kak Erma …. inilah contoh tauladan yg baik …. semoga baik2 hingga majlis berlangsung. siapa ada anak perempuan akan Tahu & Faham, Saya meremang setiap apa kata2 yg keluar dri mulut Erma Fatimah. Ya Allah, hanya Allah saja yang maha mengetahui.. “
” Masyaallah… pesanan ini adalah yg sebaiknya dan yg sebenarnya. Tahniah Erma Fatimah sebagai seorang ibu. Zaman skarang ramai ibu bapa xmampu buat mcm ni tu sbab anak2 bebas bergaul laki ppuan.. “
” Saya setuju kata² erma sebagai seorg ibu…itulah hakikatnya tanggujawab seorg ibu pada anak perempuan tidak boleh dibg kebebasan walaupun bertunang.. ”
Harapan dan pesanan yang tulus ikhlas daripada hati seorang ibu. Pesanan yang sepatutnya diamalkan oleh semua ibu bapa lain demi menjaga maruah keluarga yang semakin dilupakan. Semoga Ain dan Haziq tenang dan dipermudahkan segala urusan mereka untuk ke jinjang pelamin nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Umieaida, Tiktok Umieaida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

