Connect with us

Artis / Selebriti

” Baru sangat dia berkawan dengan anak saya, dah keluar cerita macam-macam.. ” – Abby Abadi

Respon Abby Abadi mengenai gosip antara anaknya, Marissa Dania Hakim dan model tampan, Munir Akhunov raih perhatian warganet. Wah Mama macam approved je kali ni. Dah lah handsome, sepadan sangat dengan Marissa..

Nama anak perempuan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kembali menjadi perbualan hangat apabila dilihat bersama model dan pempengaruh, Munir Akhunov. Pasangan ini kelihatan bersama-sama menghadiri sebuah majlis perkahwinan bersama Abby.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abby Abadi Exclusive, telah dikongsikan satu video dan coretan panjang menerangkan mengenai isu Marissa dan Munif. Hubungan baik mereka sememangnya dalam pengetahuan Abby dan Abby juga mengenali Munif.

Abby tampil mempertahankan Munif dan menyifatkan Munif ini anak yang baik, tinggi dengan adab dan sangat menghormati orang lain. Banyak kisah mengenai Munif yang tertebaran di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan warganet.

Tambah Abby lagi, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Munif juga manusia biasa yang pernah membuat kesilapan dan cuba menjadi manusia yang baik. Abby turut memberitahu, perhubungan Marissa dan Munif baru sahaja terjalin dan banyak fitnah yang tidak betul disebarkan.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Asalkan bukan laki orang takjadi masalah , jalan terus marissa .. Restu mak tu penting. inshAllah semoga yang baik-baik untuk marissa.. “

” Baru sekufu, handsome dan cntik.. ramai betul yg Trigger.. kat thread.. baru je abby up dah kata abby mcm².. chill² dah la.. diaorg baru je berkwn.. dah melatah hatersnya.. “

” Ya baru hensem.. bila ibu restu.. smuanya akan baik2 saja dik.. muke ade iras2 smoga ni la jodoh yg tmpt aamiin utk marissa n munir.. “

” Macam Asyraf Muslim sekali tgk.. betul tu kak Abby…tu masa lalu..manusia boleh brubah..yg org lain masih xmove On msih mengungkit kisah silam org.teruk betul netizen ni..semua org layak bahagia.hrp Marrisa jmpa kebahagian dia mahukan.. “

” Yang ni baru ngam, orang kata same level. masing-masing ada kisah silam. tak payah ungkit perkara yg lepas. moga berjodoh Marissa dan munir.. “

” Tunjuk bakal menantu yg handsome.. Sumpah sesuaiiii,marisa dia lebih bhgia tnpa org yg terikat..,sbb dia layak..,smoga kli ni dia dpt kbhgian yg sbnrya..,dn nikmat mnjdi istri yg selayaknya dgn dia.. “

” Ni baru betul marissa. kamu layak dapat yg terbaik, dgn anugerah Tuhan bijak, cantik, pandai cari duit. Tak perlu jadi yang kedua, tak best pun dan tak bahagia. Better yang ni. Teruskan, terus sokong, Tuhan bagi peluang kedua untuk kamu terus terbang tinggi.. “

Betul kata Abby, beri lah ruang untuk Marissa meneruskan kehidupannya mencari bahagia. Sama ada jejaka ini benar-benar jodoh Marissa atau tidak, semuanya Allah yang aturkan. Semoga Marissa berjaya dunia akhirat dan berbahagia selalu dengan sesiapa pun yang dia pilih.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Abby Abadi, IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..     

Mossdoom

Trending

Copyright © Berita Kopak