Artis / Selebriti
” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
Posting pertama YB Syed Saddiq selepas disahkan bebas daripada pertuduhan raih perhatian ramai. Wah, seronok Aydan dan Ara bila Daddy Saddiq dah bebas yer. Yeay, lepas ni mummy dan daddy dah boleh kahwin, hehe..
Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada pertuduhan yang dihadapinya menerusi perkongsian terbarunya di akaun Instagram.
YB Saddiq menyifatkan keputusan mahkamah tertinggi negara itu bukan sekadar memberi keadilan kepada dirinya, malah menjadi lambang bahawa prinsip dan kebenaran perlu terus dipertahankan walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Menurut YB Saddiq, beliau mengakui perjalanan kes berkenaan telah memberi kesan besar terhadap kehidupannya, termasuk dari segi masa, reputasi dan masa depan, namun tidak pernah menghakis keyakinannya terhadap masa depan Malaysia.

YB Saddiq turut memuatnaik gambar bersama ibu dan bapanya, tunang tersayang Bella Astillah serta anak-anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Jelas kelihatan perasaan gembira di wajah masing-masing setelah kes pertuduhan itu berakhir.
Baca perkongsian YB Saddiq di bawah :
Rata-rata pengikut YB Saddiq di media sosial mengucap tahniah dan syukur atas pembebasannya. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Teruskan semangat yb utk malaysia negara kita bersama.. Teruskan perjuangan.. Sy bukan shaha peminat yb utk team BASS tp sy juga peminat yb utk semangat politik yb.. “
” Syukur, Tahniah YB, akhirnya penantian berakhir dengan kegembiraan, semoga selepas ini YB akan dapat membina kehidupan yang bahagia bersama keluarga tersayang, jangan lupa kad jemputan ya YB.. “
” I used to hate you bro, but do what your doing you have proven me wrong in many ways, the malaysian political landscape need more leaders with such calibre.. “
” Alhamdulillah.. Ada doa yang dipanjatkan dalam diam, ada air mata yang jatuh tanpa pengetahuan sesiapa, dan ada luka yang hanya Allah benar-benar mengetahui betapa beratnya untuk ditanggung.. “
” Syukur ya Tuhan. Sesungguhnya ramai yg telah bersama2 mendoakan pembebasan YB syedsaddiq Kamu adalah insan yg sangat2 disayangi oleh org ramai YBSS.. “
” Allah memang atur cantik2 takdir Bella dan YBSS biarpun pada mulakan BASS diberikan ujian yg agak berat ..buat alhamdulillah moga bahagia hingga ke Jannah.. “
” Yeayyy finally boleh kawin dahhh. we are happy for you, Bella and the kids yb. next chapter lesgooo kmi dah ready nak merewang.. Yeayyy finally boleh kawin dahhh. we are happy for you, Bella and the kids yb.. “

Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik setelah lebih 6 tahun YB Saddiq memperjuangkan kebenaran. Selepas ini, boleh lah YB Saddiq memberi fokus kepada kehidupannya dan melangkah ke fasa seterusnya bersama tunang tersayang, Bella. Ramai dah tak sabar nak tunggu nasi minyak YB Saddiq dan Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

