Artis / Selebriti
” Memang kita berserah kepada Allah tapi hati seorang ibu, Allah sahaja maha mengetahui.. ” – Mama YB Saddiq
Video mama YB Syed Saddiq, Shariffah Mahani memberikan ucapannya kepada semua yang mendoakan YB Saddiq buat warganet tersentuh. Tak pernah tengok mama menangis macam ni. Sebak sangat..
Hari ini akan menjadi penentu kepada nasib YB Syed Saddiq sama ada bebas sepenuhnya atau bakal menjalani hukuman penjara dan sebatan atas kes yang disabitkan ke atas dirinya. Kes ini menjadi perhatian dan mendapat liputan meluas daripada pihak media.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Bass Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live mama YB Saddiq, Sharifah Mahani bersama team BASS. Mama memberikan sedikit ucapannya khas untuk semua yang menyokong YB Saddiq.
Kata mama YB Saddiq, beliau merasa terharu kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Sokongan yang diberikan kepada YB Saddiq sesuatu yang sangat bernilai untuk mama dan seluruh keluarga. Mama memberitahu, beliau tidak dapat bercakap panjang kerana hatinya sendiri sedang berduka.

Tidak sempat habis ucapan mama, mama mengalihkan lensa kamera kepada anaknya, Sharifah Amani kerana air mata sudah mula jatuh. Kedengaran suara mama yang sedang menangis walaupun kameranya sudah pun ditutup. Mama mungkin tidak mahu penyokong YB Saddiq melihat kesayuan seorang ibu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Allahu, semoga YB Syed Saddiq sentiasa dalam rahmat, kasih sayang dan lindungan Allah swt.. Aamin aamin ya Allah.. “
” Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT Taala untuk YB Syed Saddiq Dan kes beliau menang.. “
” Rabbi yassir Wala tu’ assir…Ya ALLAH permudahkan urusan YB Syed Saddiq. Jangan dipersulitkan moga berakhir dengan kebaikan, kebenaran & kemenangan buat beliau pd hari ini 13 julai Aamiin Ya Rabbal Allamiin .. “
” kita pun ikut nangis live teambassofficial atas ucapan doa seorg mama utk anaknya syedsaddiq..YA Allah, angkatlah doa seorg ibu ini shariffahmahani ke langit untuk anknya Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman Alsagof dberi kemenangan dlm kes2 mahkamah berpihak kpdnya secara mutlak.. “
” YA Allah permudahkan lah urusan YB Syed Saddiq di mahkamah persekutuan pada hari ini, bebas kan lah dia dari segala pertuduhan, berikan dia kemenangan Ya Allah, doa dari kami semua mengiringi perjalanan YB pada hari ini. In Shaa Allah YB pasti menang.. “
” Semoga Allah mudahkan urusan YB Dan semoga kemenangan kebenaran keadilan berpihak kepada beliau Aamiin2 air mata xboleh berhenti lah dengar ucapan Mama.. “
” Allahuakbar, hati seorang ibu. belum pernah tengok mama yang kuat ni nangis macam ni. risaunya hati mama mengenangkan kesudahan hidup anak bongsunya. moga yb saddiq menang hari ni.. “
Sebaknya hati seorang ibu dan kerisauan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semoga kemenangan akan berpihak kepada YB Syed Saddiq hari ini. Untuk mama dan seluruh keluarga, terus kuat walau apa jua keputusannya nanti dan ramai yang berdiri menyokong YB Syed Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Teambassofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ara, kenapa comel sangat ni. Siap tanya kenal tak saya, alahai Ara tempoyot.. ” – Komen Netizen

