Artis / Selebriti
” Saddiq ni macam lawyer, banyak soalannya. Mama malas nak layan, Mama hantar bilik disiplin.. ” – Mama YB
Video ibu YB Syed Saddiq, Shariffah Mahani dedah rahsia YB Saddiq pernah dibotakkan kepala semasa sekolah buat warganet terhibur. Rupa-rupanya ada kisah di sebaliknya. Pandai Mama kautim dengan guru disiplin, haha..
Sempena sambutan Hari Guru, team 3 Pagi Era telah pun menjemput ibu kepada YB Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani ke studio Era pagi tadi. Mama YB merupakan bekas guru dan dikenali oleh pelajar-pelajarnya dengan gelaran Teacher Sherry. Banyak kisah yang dibicarakan sepanjang Mama YB bersiaran di konti Era.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mama YB bercerita mengenai perangai anak-anak lelakinya iaitu YB Saddiq, Spacedollah dan Syed Salleh yang susah hendak memotong rambut ketika di bangku sekolah.
Mama YB mengatakan setiap kali ke kedai gunting, Mama akan memastikan rambut anak-anak dipotong pendek. Namun dek kerana YB Saddiq dan abang-abangnya lebih suka rambut yang berfesyen membuatkan mereka berdegil tidak mahu Mama menemani ke kedai gunting.

Mama YB mengambil langkah bijak berpakat dengan guru disiplin supaya memotong rambut anak-anaknya itu di sekolah. Terhibur warganet mendengar kata-kata Mama apabila anak-anak lelakinya ini membebel kerana rambut mereka dipotong sehingga botak.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Mama kepada YB Syed Saddiq kongsi kisah anaknya kena potong rambut dengan Guru Disiplin 😂 Rupanya Teacher Sherry yang suruh cikgu disiplin tu potong eh sampai botak 🤣 Sebab didikan Teacher Sherry la @syedsaddiq punya rambut sentiasa kemas 💚 #ERARadioNo1PalingLegit #3PAGIERA
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Hahahaha even mama yb malas nak layan yb banyak tanya. bella bakal berdepan dengan 2 orang lawyer kat rumah.. All the best Bella haha.. “
” YB mmg typical mat smart dr kecik la ni…sama mcm ank saya…bab rambut nk maintain style…xnak pi potong kt mamak sbb mamak potong rambut bdk2 sepesen je.. “
” Mama ni lembuttt bila bercakap sukalah.. lembut tapi penuh dengan ketegasan.. yayang memang comell sangat.. “
” Lepas ni bella lah kena layan soalan2 yb setiap saat. Tu xcm cmpur lgi soalan2 dri Ayden . Ayden dgn yb Dua2 byk tanya.. “
” Manis ja mama ni kan.. penyayang sungguh.. untung bella n anak-anak. Best dengar mama mertua Bella bercerita.. “
” Style mama bercakap ni… alaaahaii.. lembut tp tegas.. luv sangat dengar.. untung bella dpt mama mrtua mcm mama.. “
” Suka sangat cara mama yb ni lemah lembut tapi tegas.. masa muda mesti cantik sangat mama ni.. pandai mama kautim dengan cikgu disiplin haha.. ni mesti yb pun baru tahu lepas dengar pengakuan mama haha.. “
Cerita Mama YB ini yang mencuit hati warganet, rupa-rupanya Mama di sebalik kejadian itu. Tentu YB Saddiq juga tergelak mendengar cerita mamanya itu. Apa-apa pun, Mama sememangnya seorang ibu yang penyayang tetapi penuh ketegasan dalam mendidik anak-anaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maafkan jasad saya menyusahkan semua. Andai Allah.. ” – Amoi Baju Merah

