Connect with us

Artis / Selebriti

” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

Jawapan Cik B ketika ditanya persetujuannya jika Dato’ Seri Vida berkahwin dengan Datuk Fazley Yaakob curi perhatian warganet. Ini respon Cik B, tak sangka Cik B cakap macam tu. Terkejut Dato’ Vida..

Hubungan cinta yang terjalin antara usahawan, Dato’ Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob kini menjadi perbualan ramai. Saban hari, ada sahaja live mereka bersama, malah pasangan ini juga meluangkan masa bercuti ke Phuket bersama anak-anak mereka baru-baru ini.

Ramai yang ingin melihat DS Vida dan Datuk Fazley disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Ada juga gosip yang berterbangan di media sosial yang mengatakan pasangan ini telah pun berkahwin. Beberapa kali juga Datuk Fazley menegaskan semua itu hanya fitnah, namun tidak menafikan ingin mengahwini DS Vida.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok quputehskincareof, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuan DS Vida, Cik B menjawab soalan warganet ketika live mengenai pernikahan mamanya dan dida. Ramai yang ingin tahu adakah Cik B bersetuju sekiranya mamanya ingin menjadi isteri Datuk Fazley.

DS Vida mengatakan dia bukan muda lagi dan meminta agar Cik B mengizinkannya untuk berkahwin lagi. Jawapan yang diberikan oleh Cik B memeranjatkan DS Vida. Warganet memuji cara Cik B berfikir yang matang. Cik B lebih memahami segala penderitaan mamanya itu yang mencari bahagia.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Cik B mcm tk brp nk setuju lg mama dia kawin ni.dia masih was2 tp tknk berterus terang sgt .dia tknk lukakan hati mama dia.. “

” Tulah Cik B aritu kenenkan Mama sgt dgn Dida…arini Cik B dah berbolak balik pulak rasa…acaner.. “

” Bagus lah cik B… .sgt matang.. walau umur masih muda, cik b ni, dia tak mahu pisang berbuah 2 kali.. ya Allah bahagia dpt anak yg prihatin mcm ni.. “

” CikB sebenarnya reluctant nak bagi DSV kawen…. setuju dengan cik B. u r sooo wise cik B.. jangan gelojoh 

” cik B, suruh mama kawin thn dpn, sekurang-kurangnya dlm bln Januari. sebelum masuk bln puasa. jgn terburu-buru datuk… percayalah. lg pun pasangan pun pernah kawin, kenali betul² pasangan.. “

” Cik b sedih tu ,NNTI kasih syg di rampas oleh org lain .Tak cik b Antie Pon pernah rasa mcmne cik b rasa.Reaido je cik b,kesian mama tu inginkan kasih syg seorg suami.. “

” Cikb nampak matang,berpikiran panjang.. betul cik b cakap tu. masih awal kerana banyak lagi hati budi yang perlu dikenali sebelum hidup bersama.. ”

Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Cik B itu. Cik B mahu melihat mamanya bahagia, namun dalam masa yang sama, Cik B tidak mahu pisang berbuah dua kali dan mamanya akan kecewa lagi. Semoga Allah mengaturkan yang terbaik untuk DS Vida dan Datuk Fazley. Kalau jodoh pasti tidak akan ke mana.

Tonton video di bawah :

@quputehskincareof

Too fast.. 😌 #datoserivida #datoserividahq #salmonskin #cikbhavoc #didalavida @EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO @QU PUTEH BARULAH PUTEH

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Qu Puteh Skincareof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak