Artis / Selebriti
” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
Video Neelofa bagi pantun dua kerat kepada suaminya, Haris Ismail buat ramai terhibur. Lain macam betul Lofa punya pantun, macam tak kena je. Berdekah Haris gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik neelofaharis, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail sedang live bersama. Gelagat pasangan ini mencuri perhatian ramai apabila mereka dilihat saling menyakat antara satu sama lain sepanjang sesi tersebut.
Menerusi video pertama, kedengaran Neelofa menyampaikan pantun dua kerat kepada Haris. Namun begitu, pantun yang disampaikan itu ternyata membuatkan Haris ketawa kerana bait-baitnya disifatkan seperti tidak begitu kena. Melihat reaksi Haris, Neelofa turut tidak dapat menahan ketawa dan akhirnya berdekah ketawa bersama suaminya.
Gelagat spontan pasangan ini menghiburkan apabila mereka dilihat begitu bersahaja dan suka bergurau. Meskipun hanya sekadar menyampaikan pantun, reaksi Haris dan Neelofa ketika itu membuatkan suasana sesi live mereka menjadi lebih mencuit hati.

Sementara itu, menerusi video kedua pula, seorang warganet dilihat meninggalkan komen meminta Haris supaya tidak mencari seseorang yang dikenali sebagai Ustazah Afifah. Membaca komen tersebut, Neelofa terus memberikan reaksi seolah-olah cemburu sebelum bertanya kepada Haris siapakah gerangan Ustazah Afifah yang dimaksudkan.

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian dua video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Haha Neelofa ini pon suka sakat suami dia…. Kalau mcmni perangai kn ,hari2 mesti full live diaorg.. “
” Haris pun blurr. Amendee bini aku ni.. Dari sebelum kahwin hingga lepas kahwin, sama je gelak Neelofa, hahaha.. “
” Cik suami tu, tnggu 2 kerat lagi pantun tuu.. Klau dpt suami baik mmang wajah always beauty.. Semoga bahagia.. “
” Kita yang dengar pun ketawa.. Padan.. Hensem dan cantik.. Semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Adoii dua² dah tersasul².. Semoga mereka bahagia hingga ke Jannah.. Comel suami isteri ni kalau buat content. Ada je idea dorang.. “
” Neelofa pun jeles dengan husband dia weyhh sampai tergagap gagap ni kan aku seorang kentang apa tidakk pulak.. “
” Lawak sbb sorg tergagap² sbb geram nk marah, sorg lg auto bjangkit gagap sbb dh cuak.. Cute betul pasangan ni.. “

Reaksi spontan Neelofa itu sekali lagi mengundang perhatian ramai dan mencuit hati warganet. Gelagat pasangan ini ketika bergurau dan saling menyakat membuktikan mereka selesa untuk berkongsi sisi santai dalam kehidupan bersama.
Tonton video-video di bawah ini :
@neelofaharis
@neelofaharis
Silakan SHARE..
Sumber :TikTok neelofaharis
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Puas dah zoom in zoom out tulisan jantina baby tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida

