Artis / Selebriti
” Macam kuda lah suara awak.. ” – Haris Ismail
Video Haris Ismail menyakat isterinya, Neelofa bermain pickup line buat ramai terhibur. Sekali Neelofa gelak, dah macam bunyi kuda Haris cakap. Adoi, lawak lah Haris ni. Sempat lagi dia bahan Lofa, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, pasti mengetahui mereka sering berkongsi momen-momen manis dalam kehidupan rumahtangga di media sosial. Setiap perkongsian pasangan ini sentiasa berjaya mencuri perhatian dan menghiburkan para pengikut.
Terbaru, menerusi akaun Instagram nunha, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail sedang menikmati aktiviti menunggang kuda. Suasana santai itu bertukar lebih mesra apabila Haris dilihat sempat mengusik isterinya dengan satu soalan yang mengundang rasa ingin tahu.
Menerusi video tersebut, Haris memberikan satu ‘pickup line‘ dengan bertanya kepada Neelofa, “Cuka apa yang manis ? “. Namun Neelofa mengakui dia tidak mengetahui jawapannya. Haris kemudian tersenyum sambil menjawab, ” Cuka sama kamu ” yang sebenarnya membawa maksud ” Suka sama kamu “.

Mendengar jawapan romantis dan bersahaja daripada suaminya itu, Neelofa terus ketawa berdekah. Gelagat spontan pasangan ini nyata membuatkan suasana menjadi lebih ceria dan menghiburkan.Apa yang lebih mencuit hati, Haris sempat berseloroh mengatakan suara ketawa Neelofa kedengaran seperti bunyi kuda.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dalam diam dia selit…mcm kuda lah suara awak.. Kong asam betul.. Hahahaha berdekah weh tengok video ni.. “
” Cuka cama kamu alalelele sweet pulak.. Bahhaha mcm kuda suara awak tu paling tak tahan.. Lawak lah Haris ni, hahaa.. “
” Woiii apa ni buat aku sengeh sorang2 angau.. Hahaha.. Betul lah Lofa ketawa macam tu dah macam kuda, haha.. Semoga bahagia hingga ke syurga.. “
Usikan itu membuatkan Neelofa terus ketawa tanpa henti dan mempamerkan kemesraan dan sifat bersahaja yang sering menjadi perhatian ramai dan pelbagai reaksi daripada warganet yang terhibur dengan gelagat pasangan ini.

Selain itu, ada yang menyifatkan Haris seorang suami yang pandai bergurau, manakala Neelofa pula dilihat begitu sporting melayan usikan suaminya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar rumahtangga mereka terus kekal bahagia, harmoni dan dipenuhi dengan gelak tawa seperti yang dipaparkan menerusi video tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nunha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

