Connect with us

Artis / Selebriti

” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen

Video terbaru anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal bersama PU Riz di masjid raih perhatian warganet. MasyaAllah, makin handsome lah wajah Bilal. Sejuk mata memandang..

Anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal antara anak selebriti yang menjadi tumpuan warganet. Bilal dilahirkan pada 10 Februari 2022 dan kini sudah pun berusia 4 tahun lebih. Bilal seorang anak yang mudah dididik dan sangat mencintai kalam suci Al-Quran.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok cahayabungabiru16, telah dikongsikan satu video terbaru Bilal yang memaparkan gelagat Bilal bersama abahnya, Haris Ismail di masjid. Menurut kapsyen yang tertulis dalam posting ini, video ini dirakamkan pada sambutan Aidil Adha beberapa hari yang lalu.

Bilal sememangnya sering mengikuti Haris ke masjid untuk solat. Bilal mengenakan jubah berwarna putih dan cukup ceria berlari-larian menerusi video ini. Wajah Bilal dapat dilihat menerusi video ini dan ramai yang memuji kecomelan dan ketampanan wajah Bilal itu.

Ada yang mengatakan wajah Bilal saling tak tumpah seperti wajah Neelofa dan pastinya apabila dewasa kelak, ketampanan Bilal boleh mencairkan hati ramai wanita. Kecantikan dan ketampanan wajah Neelofa dan Haris sedikit sebanyak terkena tempiasnya pada Bilal. Bilal bakal menjadi jejaka pujaan ramai kelak.

Jom tonton video di bawah :

@cahayabungabiru16

AidilAdha 2026 ✨🐮 Abang Bilal 💙 #neelofa #bilalanakneelofa #aidiladha2026

♬ original sound – nafees 🦋 – ﮼نفيس ﮼شافي

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Comelnya, Abbas ke Bilal ni. Handsome lah anak Neelofa ni.. sejuk hati tengok.. semoga menjadi anak yang soleh.. “

” Handsomenya Bilal bila dah besar ni. hero Neelofa ni memang handsome sungguh.. makin besar, makin handsome.. “

” Kejap nya Bilal dh besar.. Handsome pulak tu.. aihh cair tengok Bilal. Semoga menjadi anak yang soleh bilal.. “

” Ya Allah subhanAllah segaknya Bilal. semoga budak cerdik niii bilal menjadi anak yg soleh. dewasa dalam dakapan kasih sayang Allah, umi dan abah.. “

” Masya Allah Alhamdulillah anak anak yang soleh.. comel pun ye, handsome pun ye Bilal ni.. semoga berjaya dunia akhirat bilal.. “

” Masya Allah handsomenya, sejuk mata memandang.. moga membesar menjadi anak yg baik buat kedua ibu bapanya.. “

” Masya Allah, TabarakAllah, bagusnya Abang Bilal ikut Ummi Abah solat sunat Aidiladha.. handsome nya Bilal, besar dah abang Bilal ni.. “

” Cantik semua, wajah, sikap, kelakuan, didikan terbaik. Pandai pu riz dan Neelofa didik anak.. “

Wajah yang menenangkan dan sejuk mata memandang, Bilal anak soleh umi dan abah yang menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya. Semoga Bilal terus menjadi anak yang soleh, menjadi contoh terbaik untuk adiknya, Abbas dan berjaya di dunia dan akhirat serta berada dalam lindungan Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok cahayabungabiru16   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak