Artis / Selebriti
” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
Video anak Neelofa, Muhammad Bilal bercakap dalam bahasa Melayu buat warganet terhibur. Alamak Bilal, habis semua ditambahnya huruf N dan G di belakang. Dah macam cakap loghat Terengganu. Berdekah Lofa gelak, haha..
Anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal dilahirkan pada 10 Februari 2022 dan kini sudah pun berusia 4 tahun. Bilal seorang anak yang bijak dan petah bercakap. Tidak hanya pandai menghafal surah, Bilal juga fasih bercakap dalam bahasa Inggeris dan ianya bahasa percakapannya di rumah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Indigovelvet4, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment menarik ketika sesi live Neelofa bersama pengasas MommyHana. Untuk info, Neelofa dan Bilal berkolaborasi bersama pihak MommyHana untuk buku audio My First Book.
Menerusi video perkongsian ini, warganet berpeluang mendengar suara Bilal bercakap dalam bahasa Melayu. Neelofa mendedahkan bahawa Bilal tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Sekiranya Bilal menggunakan perkataan bahasa Melayu, pasti perkataan tersebut akan ditambah huruf N dan G di belakangnya.

Riuh suara Bilal berceloteh di hadapan Neelofa dan ianya mencuit hati warganet. Neelofa sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar Bilal bercakap bahasa Melayu. ‘Dengang’ dan ‘sangang’ antara perkataan yang disebut oleh Bilal menerusi video ini.
Jom tonton video di bawah :
@indigovelvet4 bahasa melayu bilal jadi loghat terengganu 🤣🤣 #bilal #neelofaharis #fyp #4u
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Masya Allah best sangat dengar Bilal ngaji time live tadi..Orang ganu rupanya Bilal ni haha.. ikut abah dia kot ni. lucu lah semua dia tambah NG belakang.. “
Sambil ketawa, Neelofa turut memberitahu Bilal hanya tahu menyebut ‘ selamat hari raya ‘ dalam sebutan yang betul. Kelakar sungguh mendengar kata-kata Bilal itu. Sebutan Bilal tetap kedengaran slang mat salleh yang comel. Semakin Bilal membesar, semakin bijak.

Semoga Bilal terus menjadi anak yang soleh, anak yang bijaksana dan terang hatinya dalam menimba ilmu serta menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak. Tambah N dan G pun boleh lah Bilal, asalkan kata-kata Bilal itu boleh difahami walaupun kelakar, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indigovelvet4
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

