Artis / Selebriti
” Nombor 1 macam Haris. Nombor 2 sebijik muka Neelofa.. ” – Komen Netizen
Neelofa kongsi gambar-gambar terbaru anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas curi perhatian ramai. Wah banyaknya gambar Bilal dan Abbas, dah besar dua beradik ni. Comel sangat..
Nama selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Sejak bergelar anak seni, setiap perkembangan mengenai dirinya sentiasa menjadi perhatian ramai. Malah, sehingga kini Neelofa masih mempunyai kelompok peminat yang setia mengikuti setiap perkongsian yang dimuatnaik di media sosial.
Bagi yang mengikuti perjalanan hidup Neelofa, pasti mengetahui bahawa sejak mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Neelofa lebih selesa menjaga privasi keluarganya. Neelofa juga memilih untuk tidak mendedahkan wajah penuh kedua-dua anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas kepada umum.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Neelofa telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan momen bersama kedua-dua puteranya. Antara gambar yang mencuri perhatian ialah sambutan ulangtahun kelahiran Abdullah Abbas yang kini genap berusia tiga tahun.

Walaupun wajah Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas masih dikaburkan dalam setiap gambar, peminat tetap dapat melihat keletah comel serta kemesraan adik-beradik itu. Ramai yang turut tersentuh melihat kedua-duanya membesar dalam suasana keluarga yang penuh kasih sayang dan didikan yang baik daripada Neelofa serta suaminya.

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan oleh Neelofa tersebut dan memberikan emoji suka. Antara komen tersebut adalah :
” Nombor 2 sebiji muka Neelofa.. Alhamdulillah. May Allah bless you, protect you and keep you together in His mercy. Aamiin.. “
” Rasa tenang je tengok posting neelofa.. No 1 macam harris, no 2 macam neelofa.. MasyaAllah Tabarakallah for the beautiful life.. ”

Malah, ada yang berpendapat wajah Abdullah Abbas saling tidak tumpah seperti ibunya walaupun hanya dapat melihat sebahagian wajahnya. Tidak kurang juga yang memuji tindakan Neelofa yang konsisten menjaga privasi anak-anaknya sejak kecil.

Semoga Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas terus membesar dengan sihat, menjadi anak-anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapa mereka. Perkongsian seperti ini pastinya cukup menggembirakan para peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga kecil Neelofa serta turut menghormati keputusan Neelofa untuk terus melindungi privasi anak-anaknya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang > untuk melihat gambar seterusnya)
Silakan SHARE..
Sumber : IG neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gua tak nak gad0h dengan lu. Lu jaga dia arr, lu tak jaga dia.. ” – Cik Lan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen

