Connect with us

Artis / Selebriti

” Kami tak pregnant tapi boss kami Neelofa pregnant.. “- Admin Naelofar

Penampakan babybump Neelofa menerusi video terbarunya buat peminat teruja. Wah jelas betul ni, comelnya part Lofa usap perut tu. Yeay, Bilal dan Abbas nak dapat adik lah.. 

Neelofa antara usahawan yang sentiasa tampil dengan produk baru dan mempunyai target market yang besar. Sebelum ini Neelofa pernah mengeluarkan produk susu pisang dan ianya mendapat sambutan hangat. Selepas itu, Neelofa menghentikan pengeluaran produk tersebut dan fokus kepada produk lain pula.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Neelofa mempromosikan kembali produk susu pisangnya itu. Sekian lama peminat susu pisang menanti, akhirnya ianya kembali untuk jualan.

Posting oleh Neelofa ini mendapat perhatian warganet kerana penampakan babybump Neelofa. Ramai yang menumpang gembira apabila mengetahui Neelofa sedang hamil. Ianya disahkan oleh admin pages Naelofar yang mengatakan bos mereka ini sedang hamil dan meminta agar semua mendoakan yang baik-baik.

Ianya satu berita gembira untuk peminat Neelofa khususnya. Selepas adanya Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas, ramai yang mendoakan agar Neelofa dikurniakan cahayamata ketiga. Memetik komen warganet, baka Neelofa semuanya comel dan sedap mata memandang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Comelnya lofa usap perut tu. nampak macam dah banyak bulan tu. dah tak lama agaknya tu nak bersalin. tak sabar nak tengok adik Bilal dan Abbas. Arap2 girl mesti cantik macam umi dia.. “

” Wahhhh bilal abbas nak dapat adik baru.. Yayyyyy Lofa preggy lagi.. comelnya babybump lofa tu.. “

” Congratulations Pn Neelofa, Semoga Allah permudahkan segala urusan Pn dari pregnancy journey hingga ke Susu launching.. “

” Lain yang ditunjuk, lain yang nampak.. Pregnancy journey kita mmg sentiasa berjangkit ke mcm mana ni hehe.. Agak dah hehehe, sbb post lately ni byk makan jambu manggis.. “

” Kita nampak babybump.. She so pretty every time etho with her babybump.. No 3 on the wayyy.. masya Allah cantik sungguh lofa ni.. “

” Love another Nunha junior is coming.. Wahhh alhamdulillah moga Dipermudahkan beranak lofa.. In Shaa Allah Yg ketiga ni Girl…. Aaaamiin.. “

” Preggy tu nb 3… nampak dah ke depan sangat macam dah 7 bulan.. yeayyy suka nya, baka elok beranak ramai-ramai pun tak pe lofa.. “

Semakin ketara penampakan babybump Neelofa dan ramai yang tidak sabar untuk melihat cahayamata ketiga Neelofa dan Haris ini. Semoga doa-doa peminat Neelofa agar pasangan ini dikurniakan cahayamata perempuan dimakbulkan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Neelofa sehingga selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa, IG Ohbulan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak