Connect with us

Artis / Selebriti

” Kenapa mesej malam-malam, bukan ada bini ke ? ” – Madammu

Video Madammu kongsi detik perkenalan dengan suaminya, TP raih perhatian ramai. Fuhhh, tak sangka macam tu rupanya TP nak try Madammu. Terkejut Madammu, nasib baik TP tak kena block..

Meninjau ke akaun Tiktok Ar Rasydin Academy, usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Madammu baru-baru ini berkongsi kisah perkenalannya dengan suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh atau lebih dikenali dengan panggilan TP menerusi sebuah sesi podcast yang mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Madammu mendedahkan bahawa hubungan mereka bermula melalui aplikasi WeChat, satu platform komunikasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Menariknya, pada zaman tersebut, WeChat sering dikaitkan sebagai medium untuk mencari kenalan baru termasuk pasangan hidup.

Menceritakan detik awal perkenalan, Madammu berkata TP merupakan individu yang terlebih dahulu menghantar mesej kepadanya. Pada mulanya, Madammu mengingatkan TP sudah berpunya. Hakikatnya pada ketika itu TP merupakan seorang duda kema tian isteri dan mempunyai 3 orang anak.

Menceritakan lebih lanjut, Madammu mengakui dirinya bukanlah seorang yang mudah melayan individu yang menghantar mesej untuk berkenalan. Katanya, dia sememangnya seorang yang agak memilih dan tidak gemar meluangkan masa berbual dengan orang yang tidak dikenali.

Jom tonton video di bawah :

@arrasyidinacademy

“Kenapa mesej malam2, bukan ada bini ke?” @madammuofficial @Dr Hanzalah Mizi #tp #message #malam #jodoh #bini

♬ Forever I Will Praise You – Josué Novais Piano Worship

Perkongsian Madammu itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai turut berkongsi momen yang sama mengenali pasangan menerusi Wechat. Antara komen-komen yang diberikan adalah :

” Knp I yg tersenyum2 dengar madammu punya story ni, hahaha dgr we chat sya jumpa suami pown sbb shake2 wechat Alhamdulillah dah 13tahun.. “

” Aku suka podcast ni ..sbb doctor tu tk memcelah..so cerita smooth je.. Baiknya, berkat jaga anak2 yatim, fokus doktor dengar cerita madammu.. “

” Aku pun berkenalan dan jumpa wife kat wechat, die yg msj aku mula2 sbb nak ajak join elken, hahaha, aku ignore, last2 aku yg msj sbb tengok gambar cantik pakai telekung.. “

” Ramai betul jodoh WeChat dlm ni..Aku aje yg xtau nk cari jodoh dlm WeChat, Aduhhh… rindu zaman we chat.. hahahah.. “

” Kita pun sempat shake2 fon tu  kenangan btul ya zmn tu.. hasil shake around dr wechat, alhamdulillah tahun ke 11 dah usia perkahwinan.. “

” Cantik menawan..ramai yg minat.. Sy kawin dgn suami ni pun kenal daripada wechat. hahaha senyum sorang aku dgr.. “

” Ok ternyata bkn kita je cinta wechat kita pun nikah hasil kenal kt wechat.. sy pn jmpa jodoh kat we chat..Pas kwin husband suh delete we chat.. “

Perkongsian itu sekali lagi mengingatkan ramai bahawa jodoh adalah rahsia Tuhan, dan kadangkala ia hadir melalui jalan yang tidak pernah dijangka. Semoga Madammu dan suami bahagia sehingga ke syurga bersama anak-anak tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ar Rasyidin Academy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak