Artis / Selebriti
” Kau sabar jap Aina, kau sabar. Kau jangan nampak sangat.. ” – Aina Abdul
Video Aina Abdul begitu teruja apabila DS Siti Nurhaliza masuk live ketika Aina sedang masak buat ramai terhibur. Terus jadi tak keruan Aina bila Tokti tengok dia tengah masak, Aina yang penyanyi dah meletop ni pun crush dengan Tokti, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik mikaxdee, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi terkenal, Aina Abdul sedang mengadakan sesi siaran langsung bersama para pengikutnya. Menerusi video tersebut, Aina dilihat meluangkan masa dengan memasak sambil bersembang dan menjawab pelbagai komen yang ditinggalkan oleh peminat.
Namun begitu, suasana siaran live tersebut bertukar lebih meriah apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza secara tiba-tiba muncul di ruangan komen. Kehadiran DS Siti sememangnya tidak dijangka oleh Aina mahupun para penonton yang sedang mengikuti siaran berkenaan.
Ramai yang teruja melihat interaksi spontan antara dua penyanyi hebat tanah air itu, malah ada yang menganggap momen tersebut sebagai sesuatu yang sangat istimewa. DS Siti kemudiannya meninggalkan beberapa komen yang mencuit hati sehingga membuatkan Aina tersenyum malu.

Antara komen yang paling mencuri perhatian adalah apabila DS Siti berseloroh meminta Aina memasak dalam kuantiti yang lebih banyak supaya beliau juga dapat merasa hasil masakan tersebut. Tidak cukup dengan itu, beberapa komen lain yang ditinggalkan oleh DS Siti turut membuatkan Aina hilang fokus seketika kerana terlalu teruja dengan kehadiran idolanya itu.
Tonton video di bawah ini :
@mikaxdee Tokti masuk bukan main behave malu2 dia eh…kalau tak yg bukan2 kacip nya haha tu kalau lagi lama Tokti tgk, mau sampai esok tak siap2 asam pedas dia🤣 #sadisainaabdul #ainaabdul #sitinurhaliza #sitizoner #asampedas
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa suka melihat perkongsian video ini. Antara komen tersebut adalah :
” Kau sabajap Aina kau saba. Kau jangan nampak sangat” HAHAHAHAA COMELNYAAA.. Kita yang tengok pun ketawa tau, hahaa.. “
” Jiwa peminat mmg takblh tahan.. Achooomel, sampai terduduk.. Hahaha.. “
Aina sendiri mengakui bahawa dia merupakan peminat tegar DS Siti. Sudah tentu peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan figura yang begitu dihormatinya itu merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Disebabkan terlalu gembira, Aina dilihat beberapa kali tersenyum dan ketawa sambil cuba mengawal perasaannya sepanjang membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh DS Siti.

Lebih mengujakan, DS Siti turut mengundang Aina untuk datang ke rumah dan menikmati masakan yang disediakan sendiri olehnya. Pelawaan istimewa tersebut bukan sahaja membuatkan Aina berasa terharu, malah turut menggembirakan para peminat yang menyaksikan siaran langsung itu

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mikaxdee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira

