Artis / Selebriti
” Ada nampak anak saya ? Dia menyorok.. ” – Aina Abdul

Video Aina Abdul membawa naik anak-anak bulusnya ke atas pentas ketika konsert Imaji Tour raih perhatian warganet. Wah, dengan stoller sekali Aina bawa naik pentas. Nama anak-anak bulus Aina pun cute sangat..
Semalam, telah berlangsungnya konsert Aina Abdul Imaji Tour. Difahamkan konsert itu telah dihadiri seramai 1,500 penonton termasuk kelab peminat Aina iaitu Ainations. Aina mendendangkan sebanyak 18 buah lagu dan antaranya adalah Semalam, Sepi, Jangan Mati Rasa Itu, Puas Sudah dan Terus Hidup.
Meninjau di akaun TikTok radio Era dan Media Hiburan, telah dikongsikan video sekitar persembahan Aina. Namun, apa yang menarik adalah video yang memaparkan Aina membuat kejutan apabila membawa dua ekor kucing peliharaannya naik ke atas pentas.
Kelihatan kucing-kucing Aina itu diletakkan di dalam sebuah stroller. Aina memperkenalkan anak-anak bulusnya yang diberikan nama sebagai Hero dan Susu. Aina juga turut berkongsi cerita mengenai Hero dan Susu kepada para peminatnya yang hadir.
Kata Aina, sebelum kehadiran Hero dan Susu, Aina seorang yang sangat takut dengan kucing. Apabila hadirnya Hero serta Susu, perasaan takut itu sudah tiada lagi. Sehingga kini, video Aina dan kucing-kucingnya itu telah ditonton lebih 100 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@era.je Aina Abdul bawa anak atas pentas!! 😍 Tapi she lawa lah eh pakai baju kedua!! 🔥 Pinkk #ERARadioNo1PalingLegit #AinaAbdulImajiTour
@mediahiburanofficial Penutup yang sangat indah. Sudah pasti akan menjadi kenangan indah buat para penonton yang hadir terutamanya Aination yang selama ini menjadi tulang belakang dalam kejayaan Aina sebagai anak seni. #MHnews #MediaHiburan #AinaAbdul #imajitour
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Search aku naik Aina abdul dan suami … Celah mana dia khawen adoiii , hahaha.. Rupanya2 kucing weh.. Baru ku tahu Aina ada kucing.. “
” Comelnyaa.. She bawak anak bhulus naik pentas.. Nama pun rare, hehee.. Hai mama Aina, Hiro n Susu tak nak daddy ke, hehe.. “
” Hanya yang takut atau fobia kucing je faham apa yg kak Aina rasa.. Mmg comel kucing2 Kak Aina.. Btw best sangat tengok konsert Kak Aina.. “
” Siap bawa naik kucing, hehe.. Comel tengok.. Cantik lah tengok baju Aina, pink2 gitu.. Meletop lah Aina.. Ingatkan tadi kucing tu nak main piano.. “
” Bestttt sgt Imaji Tour concert di Zepp KL… Dr outfit… Sound system.. Lagu2 and sudah pasti suara Aina… The One & Only Aina Abdul.. “
” Aina ni bijak, disaat kemuncak career la dia buat konsert dengan lagu. Artis lama pun tak berani buat konsert masa awal career, tapi Aina pecahkan taboo tu semua.. “
” Tahniah aina abdul.. Pedulikan sekeliling yg ada aura negatif.. U jln terus brsama peminat2 setia anda dh 2025 dah.. Nanti yg haters2 tu akan penat sendiri.. “
Alahai comel sungguh Aina dan kucing-kucingnya. Sweet sangat Aina menggelarkan dirinya dengan panggilan ‘mama’ . Selain itu, persembahan konsert Aina tersebut turut mendapat pujian daripada para peminatnya. Apa-apa pun, semoga Aina terus maju jalan dalam karier seni dan segala urusan Aina sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok era.je, mediahiburanofficial, IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen